,

Resepi Ais Krim Magnum, Salut Coklat, Gebu di Dalam. Boleh Buat Sendiri di Rumah, Step by Step!

Ais krim magnum salut coklat memang harganya agak mahal berbanding ais krim lain kerana kemewahan ais krim yang gebu di dalam ini memang enak rasanya. Anda pun boleh cuba buat sendiri Ais krim lejend ini di rumah. Seisi keluarga pasti puas hati bila dihidangkan dengan ais krim magnum yang digemari ramai ini. Sangat mudah dan senang membuat ais krim salut coklat di rumah. Hanya guna 6 bahan je, Anda sudah boleh menghidangkan ais krim magnum salut coklat gebu di dalam untuk seisi keluarga. Jom cuba simak cara buat ais krim homemade ini.

Bahan-bahan

200 gram dairy cream

50 gram gula aising

Kacang badam cincang

Bahan-bahan salut coklat:

250 gram dark chocolate, dicarikan

125 gram cocoa butter, dicairkan

125 gram peanut oil

Cara-cara membuat ais krim magnum salut coklat

  1. Pukul dairy cream sehingga kembang
  2. Tambahkan gula aising, pukul lagi hingga sebati
  3. Tuangkan ke dalam bekas, ambil stik ais krim serta letakkan di tengah-tengah lubang setiap bekas
  4. Diamkan di peti sejuk
  5. Campurkan bahan salut
  6. Taburkan kacang badam cincang
  7. Celupkan ais krim ke dalam bahan salut yang sudah dicampur tadi
  8. Masukkan kembali ke dalam peti sejuk supaya lapisan salut coklat mengeras.

Ais krim magnum salut coklat homemade siap dihidangkan.

Resepi Brownies Nutella Dalam Mug, 3 Bahan Je Tanpa Bakar, Pasti Senang dan Mudah..

healthy 7-layer vegan salad pinterest

Delicious and Healthy Make-Ahead 7-Layer Vegan Salad