Resepi Brownies Nutella Bakar Mudah Guna 3 Bahan Je

Posted on

Resepi brownies nutella bakar yang paling mudah dan sedap guna 3 bahan je
resepi brownies nutella mudah guna 3 bahan 01
Kini, kita sudah memasuki hari cuti. Sebentar lagi, kita akan menyambut tahun baru. Oleh kerana itu, saya akan merubah hidup anda melalui resepi brownies yang sangat mudah ini. Saya akan membuat anda menjadi orang yang paling bahagia di planet ini kerana dapat membuat brownies dengan sangat simpel. Hanya dengan 3 bahan, anda sudah boleh membuat brownies bakar nutella yang sangat lazat.

Nutella sudah mengandungi beberapa bahan yang diperlukan untuk membuat brownies, iaitu lemak, susu, dan coklat. Jika biasanya anda mengumpulkan bahan-bahan tersebut secara berasingan, kini anda boleh mencari bahan tersebut dengan menyediakan nutella. Oleh kerana itu, anda hanya menyiapkan nutella dan dua bahan lain untuk membuat brownies bakar yang enak. Dengan panduan resepi yang mudah ni, jomlah cuba buat nutella brownies guna 3 bahan je.

Bahan:
resepi brownies nutella mudah guna 3 bahan 02
1 cawan nutella (dalam 280g macam tu)
2 biji telur
10 sudu besar tepung serbaguna

Cara-cara memasak brownies bakar nutella
Panaskan oven 180’C, siapkan loyang sapu marjerin dan alasi kertas roti.
resepi brownies nutella mudah guna 3 bahan 03
Dalam suatu wadah, campur nutella, tepung yang sudah diayak dan telur. Kacau hingga rata.
resepi brownies nutella mudah guna 3 bahan 04
Tuang ke dalam loyang yang sudah dialas kertas roti atau boleh juga dituang ke dalam cupcase.
resepi brownies nutella mudah guna 3 bahan 05
Bakar dalam oven selama kurang lebih 30 minit atau hingga matang.
resepi brownies nutella mudah guna 3 bahan 06
Angkat dan sejukkan.
Brownies bakar nutella siap disajikan

Sumber: instructables.com