Resepi Kek Batik Biskut Marie Paling Ringkas! 15 Minit Dah Siap Bungkus

Posted on

Sape kat sini buat kek batik biskut marie macam cara kat bawah ni kita geng ☺

Bahan2:
-Biskut marie sepeket, patah2kan (sy guna brand Tiger)
-Milo sepeket (480g)
-Buttercup 250g
-susu pekat (sy letak suku je sebab tak suka manis sangat)
-esen vanila (optional)
-kacang campuran (optional)

Cara2:
– masukkan buttercup, susu, & esen vanila dalam kuali dan kacau rata. Masukkan milo bila butter dah cair sepenuhnya. Api sederhana je. Kemudian masukkan biskut & kacang dan kacau2.
– masukkan dalam plastik bungkus makanan dan bentukkan macam dalam gambar (step ni kena cepat sikit buat sebelum adunan sejuk, kalau dah sejuk susah nak bentuk)
– masukkan dalam peti sejuk, lepas sehari dah boleh potong ☺

*biasa sy buat ikut resepi ni boleh dapat 7 plastik. Dalam 15 minit dah siap bungkus 🙂