,

Resepi Membuat Macaroni Cheese Kukus Paling Mudah

resepi membuat macaroni cheese kukus mudah sedap lazat mat gebu sukatan cawanMacaroni cheese kukus ini merupakan makanan barat yang mengandungi nutrisi cukup lengkap, termasuk karbohidrat dari macaroni, protein yang tinggi daripada susu dan telur, kalsium dan mineral lain dari susu dan cheese. Makanan khas Itali ini merupakan pilihan yang mudah dibuat jika anda tidak mempunyai oven. Anda tetap boleh membuat makaroni cheese yang lazat tanpa perlu membakar dalam oven. Macaroni cheese kukus mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding dengan makaroni cheese bakar. Namun, aroma cheese dari makaroni kukus tidak setajam aroma cheese dari makaroni bakar. Jika anda lebih suka makaroni dengan tekstur yang rangup, anda boleh cuba resepi makaroni cheese bakar yang lazat. Mari simak resepi membuat macaroni cheese kukus yang mudah dan sedap ini.

Bahan untuk membuat macaroni cheese kukus
150 gram makaroni
200 ml susu cair
150 gram corned beef
250 gram cheese cheddar
1 butir telur
4 buah bawang putih, dicincang halus
1 buah bawang bombay, cincang kasar
1 sudu makan margarin
oregano, garam, lada serbuk secukupnya

Cara membuat macaroni cheese kukus paling mudah
Rebus macaroni hingga setengah matang kemudian tiriskan
Panaskan marjerin kemudian tumis bawang putih dan bawang bombay hingga berwarna keemasan.
Masukkan corned beef dan tumis hingga berubah warna.
Masukkan macaroni, susu cair, telur, lada, garam, cheese cheddar, dan oregano. Panaskan dengan api kecil selama 5-10 minit.
Tuang adunan macaroni tersebut ke dalam bekas.
Kukus adunan tersebut selama 30 minit hingga masak.
Macaroni cheese kukus siap disajikan. Anda boleh menambah taburan cheese parut dan oregano. Macaroni cheese kukus ini juga sesuai untuk dinikmati dengan sos pasta.

Resepi Makaroni Cheese Bakar Yang Simple dan Sedap

4 Resepi Salad Buah Sihat Paling Lazat Untuk Diet