Resepi Roti Bakar Telur Meleleh Paling Mudah, 5 Minit Je!

Posted on

Roti bakar telur meleleh merupakan sajian baru yang popular untuk sarapan pagi dan minum petang. Menu baru ini dipopularkan oleh francais Roti Bakaq Teloq Meleleh. Mungkin bunyinya agak pelik namun malah menjadi satu jenama francais yang semakin terkenal. Roti bakar ini lebih kurang cam burger. Awalnya fenomena terbaru ini muncul dekat Sungai Petani. Kini francais yang memiliki sajian roti bakar telur meleleh ini berada di serata tanah air kecuali Serawak. Jomlah cuba buat sendiri roti bakar dengan telur mata kebau yang digoreng separuh masak ini. Dengan panduan resepi mudah ini, Anda bisa buat roti bakar telur meleleh 5 minit je!
resepi roti bakar telur meleleh mudah sedap
Bahan-bahan
2 keping roti sandwich
2 biji telur
Serbuk lada hitam secukupnya
kicap lemak masin secukupnya

Cara membuat roti bakar telur meleleh
1. Panaskan non-stick pan lalu bakar roti sandwich hingga perang pada kedua bahagian. Angkat dan ketepikan.
2. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan telur dan pastikan telur tenggelam dalam air mendidih.
3. Sederhanakan api dan rebus telur selama 2 minit. Kalau lebih masa, Anda berkemungkinan takkan dapat telur setengah masak yang meleleh. Angkat dan toskan.
3. Ambil roti dan susun dalam piring. Berhati-hati pecahkan telur atas roti. Tabur serbuk lada hitam dan jika suka boleh tuang sedikit kicap. Boleh letakkan sos untuk bagi lagi pedas.

Sajian sarapan sedap lainnya:
http://borianafoods.com/resepi-membuat-roti-canai-yang-lembut-dan-gebu.html