Bagaimana untuk mengetahui daging yang dibeli itu segar? Lihat petua dan panduan ini
Makanan dari sumber yang segar akan menjadi makanan yang menyelerakan dan terasa sangat sedap walaupun ia dimasak dengan resepi yang mudah dan ringkas terutamanya dengan resipi daging.
Daging yang segar akan memberi rasa makanan menjadi sedap jika jus dari daging itu adalah dari daging yang segar.
Kredit : Robert Linton/iStock
Bagaimana kita boleh mengetahui daging yang kita beli di pasar itu segar atau pun tidak? Kita boleh bertanya kepada penjual daging bila lembu disembelih dan daging itu dilapah.
Tetapi kadangkala mereka tidak memberitahu dengan jujur melainkan kita mengenali mereka dengan rapat. Oleh itu penting bagi kita memeriksa daging itu sendiri.
Lihat petua dan panduan ini.
1. Lihat cara potongan daging itu
Kredit : harvestranchmarkets.com
Beli daging dari penjual yang menjual daging yang dipotong oleh pemotong daging yang mahir.
Kita akan dapat mengetahui potongan dari pemotong daging yang mahir yang menandakan tempat pemotongannya adalah dari tempat yang bersih dan segar, yang tidak menyimpan daging dalam masa yang lama.
Selalunya pemotong daging yang mahir dan teliti akan memotong daging dari seekor lembu sahaja.
Kredit : seriousseats.com
Mereka akan tahu setiap bahagian daging dengan cara potongan yang berbeza. Jika cara potongan itu sangat kemas dan teliti, bermakna daging itu masih segar dan lembut semasa dipotong.
2. Lihat pada warna daging yang masih berwarna merah
Kredit : shutterstock.com
Daging lembu yang segar akan berwarna merah hati. Jika anda melihat daging itu sudah berwarna coklat dan pucat, bermakna daging itu sudah disimpan lama.
Juga, lihat pada keseluruhan warna pada daging dan tidak di bahagian tertentu sahaja. Jika anda melihat bahagian warna merah hati yang tidak sama pada beberapa bahagian, bermakna ia sudah tidak lagi segar dan penghantarannya tidak baik.
3. Kelembutan daging
Kredit : shutterstock.com
Untuk mengetahui kelembutan daging, tekan dengan jari telunjuk anda. Daging itu harus kenyal dan tidak keras. Jika ia sudah keras, bermakna kesegarannya sudah tiada.
Lihat juga pada urat daging itu. Pilih daging dengan urat yang masih tegang dan ketat. Jika uratnya telah terurai bermakna daging itu sudah tidak segar lagi.
4. Aroma dan bau daging
Kredit : velentismarket.com
Daging merah yang segar akan tidak berbau sama sekali. Jangan merasa ragu dan malu untuk mencium bau daging. Kerana daging tanpa bau tetapi dengan aroma daging merah adalah daging yang berkualiti.
Jika ia telah berbau tidak enak bermakna daging itu tidak lagi segar dan jangan membelinya.
5. Lihat pada lemak daging
Kredit : brothersmeatprocessing.com
Lemak pada daging yang segar biasanya berwarna putih atau sedikit kekuningan. Daging tanpa lemak akan terasa kesat dan tidak sedap. Ia akan menjadi kurang enak apabila dimasak. Lemak pada daging akan memberikan rasa dan aroma yang menyelerakan pada daging.
6. Cara membeli daging yang telah dikisar
Kredit : sacome.com
Sekiranya kita mengetahui daging yang dikisar itu datangnya dari daging segar selepas sembelihan, itu tidak mengapa. Tetapi kebanyakan daging kisar datangnya dari daging yang telah dipotong lama dan dibiarkan di dalam bilik beku sementara sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar.
Jadi kesegaran daging kisar sememangnya telah berkurangan dan tidak berkhasiat. Seeloknya anda yang memilih sendiri daging yang segar dan minta pemotong daging mengisarnya.
Selepas memilih dan membeli daging yang segar, anda boleh terus memasaknya atau menyimpannya di peti sejuk beku untuk kegunaan di kemudian hari.
Kredit : kitchenreviewed.com
Pastikan anda menyimpan daging itu di dalam beg kedap udara khas bagi kegunaan sejuk beku. Pastikan juga kesemua udara ditarik keluar supaya kesegaran daging itu dipelihara.
Simpan di peti sejuk beku dan periksa simpanan daging sekali sekala sehingga anda mahu memasaknya di kemudian hari. Daging yang disimpan dengan kesegarannya boleh bertahan selama 3 bulan.
Era Baru
The post Bagaimana untuk mengetahui daging yang dibeli itu segar? Lihat petua dan panduan ini appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress