,

Cara-Cara Menghasilkan Serbuk Kunyit Secara Homemade

Cara-Cara Menghasilkan Serbuk Kunyit Secara Homemade

Kunyit segar mudah menjadi kering dan busuk jika disimpan terlalu lama. Jadi bagi anda yang tercari-cari cara untuk menjadikan kunyit tahan lama, salah satunya ialah dengan menghasilkan kunyit serbuk. Dengan kaedah ini, anda juga tidak perlu lagi membeli serbuk kunyit bahkan rasanya juga lebih enak berbanding dengan yang dijual di pasaran. Anda hanya perlukan:

 

BAHAN-BAHAN:

  • Kunyit segar
  • Pengisar kering

CARA-CARA:

1. Kikis kulit kunyit hingga bersih dan hiris nipis.

2. Jemur kunyit di bawah matahari hingga menjadi betul-betul kering.

Kredit gambar: Izz Julia ( http://daridapurbiasa.blogspot.my/2011/05/serbuk-kunyit-home-made.html)

 

3. Masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

Source:Rasa.my

Suka Mengunyah? 6 “Super Food” Penuh Khasiat Ini Anda Boleh Makan Tanpa Risau Berat Badan Naik!

Cara-Cara Hasilkan Tauhu Homemade Menggunakan Cuka. Memang Mudah & Berbaloi Untuk Dicuba.