Ais krim magnum salut coklat memang harganya agak mahal berbanding ais krim lain kerana kemewahan ais krim yang gebu di dalam ini memang enak rasanya. Anda pun boleh cuba buat sendiri Ais krim lejend ini di rumah. Seisi keluarga pasti puas hati bila dihidangkan dengan ais krim magnum yang digemari ramai ini. Sangat mudah dan senang membuat ais krim salut coklat di rumah. Hanya guna 6 bahan je, Anda sudah boleh menghidangkan ais krim magnum salut coklat gebu di dalam untuk seisi keluarga. Jom cuba simak cara buat ais krim homemade ini.
Bahan-bahan
200 gram dairy cream
50 gram gula aising
Kacang badam cincang
Bahan-bahan salut coklat:
250 gram dark chocolate, dicarikan
125 gram cocoa butter, dicairkan
125 gram peanut oil
Cara-cara membuat ais krim magnum salut coklat
- Pukul dairy cream sehingga kembang
- Tambahkan gula aising, pukul lagi hingga sebati
- Tuangkan ke dalam bekas, ambil stik ais krim serta letakkan di tengah-tengah lubang setiap bekas
- Diamkan di peti sejuk
- Campurkan bahan salut
- Taburkan kacang badam cincang
- Celupkan ais krim ke dalam bahan salut yang sudah dicampur tadi
- Masukkan kembali ke dalam peti sejuk supaya lapisan salut coklat mengeras.
Ais krim magnum salut coklat homemade siap dihidangkan.