
Brownies Nutella dalam mug ini memang sesuai untuk dinikmati sebagai pencuci mulut hidangan minum petang atau sarapan pagi yang ringkas dan mudah. Anda hanya memerlukan 3 bahan sahaja untuk menghasilkan brownies ringkas ini. Tanpa bakar, Anda hanya memerlukan lebih kurang 1 minit saja guna microwave untuk membuat brownies nutella coklat yang sedap dalam mug. Jom cuba buat sendiri di rumah, boleh dibuat bersama kanak-kanak. Mereka pasti suka!

Bahan-bahan

150 gram Nutella

1 biji telur

4 sudu besar tepung
Cara-cara

Kacau telur

Masukkan nutella, gaul hingga sebati

Masukkan tepung, gaul hingga sebatu
Tuang adunan ke dalam mug
Microwave selama 1 minit atau tambahkan 10 saat hingga brownies masak

Nutella brownies dalam mug sudah siap. Boleh sajikan bersama ais krim.
