Sedapnya! Mari mencuba resepi Kek Milo Viral untuk hidangan minum petang ini
Untuk hidangan minum petang ini , mari mencuba resepi Kek Milo yang viral di laman sosial Facebook dalam halaman Masak Apa Hari Ni (MAHN) ciptaan Sara Vee.
Resepi sangat ringkas dan menyelerakan!
Bahan-bahan :
4 biji Telur
2 cawan Milo
2 sudu besar Susu Pekat
Cara memasak :
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk adunan atau mixer.
Pukul kesemua bahan sehingga sebati selama 3 minit.
Ambil loyang atau bekas pembakar kek. Sapukan sedikit mentega atau marjerin di atasnya atau letakkan sahaja kertas minyak supaya kek tidak melekat dan dibakar cantik.
Masukkan kesemua bahan yang telah dipukul tadi ke dalam loyang dan biarkan rata.
Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
Selepas itu , siaplah Kek Milo Viral yang sedap.
Sumber : Facebook / Sara Vee
Sumber : Facebook / Sara Vee
Sumber : Facebook / Sara Vee
Tidak perlu letak tepung , tapi memang sedap!
Macam brownies coklat tetapi dengan Milo lagi sedap! Suami dan anak-anak pasti suka minum petang ni!
Sedap!
Era Baru
The post Sedapnya! Mari mencuba resepi Kek Milo Viral untuk hidangan minum petang ini appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress