,

Inovasi resepi roti berperisa sprite ini pasti membangkitkan selera anda. Jom lihat cara-caranya.

Inovasi resepi roti berperisa sprite ini pasti membangkitkan selera anda. Jom lihat cara-caranya.

Boleh dikatakan saya selalu makan roti tetapi inilah kali pertama saya menyaksikan pembuatan roti yang lain daripada kebiasaanya.

Ibu mertua saya berkeras mahu menuangkan air sprite di dalam tepung dan diadun menjadi doh. Lebih 20 tahun saya minum air sprite, tetapi ini kali pertama saya melihat minuman ini digunakan sebagai bahan membuat roti.

Pasti pembaca Era Baru begitu ingin tahu apakah hasilnya jika tepung ditambah dengan air sprite bukan? Lihat proses di bawah dan pasti anda mahu mencubanya.

1. Sediakan tepung di dalam mangkuk dan air sprite yang segar. Buka penutup botol air sprite dan tuangkan ke dalam tepung. Kacau tepung dan air sprite dengan cepat kerana jika gas air sprite itu habis, doh itu tidak akan mengembang.

2. Peringatan! Tidak perlu menambah gula ke dalam adunan tersebut kerana air sprite sudah cukup manis. Uli doh tadi menjadi rata dan bentukkan bulat-bulat. (Lihat gambar)

3. Tuangkan minyak yang cukup ke dalam kuali (gunakan kuali tidak melekat) dan gorengkan doh itu sehingga kekuning-kuningan. Balik-balikkan doh tersebut supaya tidak hangus. Angkat dan toskan minyaknya.

Siap untuk dihidang. Nikmatilah roti ini apabila ia sedikit sejuk. Anda akan dapat rasa air sprite pada roti tersebut.

Bagi saya sendiri, selepas menikmati roti berperisa sprite ini, saya mula menyukainya. Jika anda peminat air sprite, anda harus mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Nota: Disebabkan air sprite mengandungi soda dan buih-buih gas, ia membantu roti tersebut mengembang ketika digoreng dalam minyak panas.

Era Baru

  • 1
  • 2
  • 3

The post Inovasi resepi roti berperisa sprite ini pasti membangkitkan selera anda. Jom lihat cara-caranya. appeared first on Era Baru Malaysia.

Kredit:Penmerahpress

Tahu kenapa senduk pasta mempunyai lubang? Ini sebabnya

Sedapnya! Mari mencuba resepi Kek Milo Viral untuk hidangan minum petang ini