,

Resepi mudah kek yogurt yang gebu dan cair di mulut. Hanya menggunakan 6 bahan sahaja

Resepi mudah kek yogurt yang gebu dan cair di mulut. Hanya menggunakan 6 bahan sahaja

Kek yogurt merupakan salah satu kek yang menjadi kegemaran namun tidak ramai yang tahu cara membuatnya.

Kek ini mempunyai rasa serta tekstur yang lembut dan lembab sekali gus membuatkan ianya cair di mulut. Lebih enak jika dimakan sejuk-sejuk.

Dalam artikel ini, kami akan memaparkan kepada anda kaedah mudah untuk membuat kek yogurt dengan menggunakan 6 bahan sahaja. Anda juga tidak memerlukan kepakaran tinggi bagi menghasilkan kek yang enak dan sempurna dalam resepi ini.

Walaupun kelihatan biasa-biasa sahaja, kelazatan kek yogurt ini setanding dengan kek buatan pakar pastri dunia!

Bahan-bahannya:

  • 6 biji telur
  • 60 g mentega tawar (unsalted butter)
  • 80 g tepung gandum
  • 100 g yogurt (boleh juga gunakan krim masam)
  • 85 g gula
  • 1 sudu kecil jus lemon

Cara membuatnya:

  • Pecahkan 5 biji telur tetapi pisahkan putih dan kuning telur. Masukkan kelima-lima kuning telur dan 1 biji telur di dalam mangkuk adunan.
  • Putar telur pada kelajuan sederhana dengan menggunakan alat pengadun sehingga kembang.
  • Masukkan yogurt atau krim masam ke dalam adunan dan kacau rata.
  • Kemudian, cairkan mentega di atas api. Setelah mentega cair, campurkannya bersama dengan adunan.
  • Masukkan pula tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati.

  • Akhir sekali, tambahkan 5 putih telur yang telah diasingkan bersama dengan 1 sudu kecil jus lemon. Pukul bersama sehingga kembang.

  • Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang sudah digris dengan minyak dan dilapis dengan kertas pembakar.
  • Bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius selama 50 minit.

Anda boleh periksa sama ada kek anda sudah masak atau belum dengan mencucuk bahagian tengah kek menggunakan lidi. Jika lidi tersebut bersih, maka kek anda sudah masak dengan sekata.

Sejukkan kek di dalam loyang bagi mengekalkan bentuknya. Setelah sejuk barulah anda keluarkan kek daripada loyang. Mudah bukan?

Anda juga boleh menambah kreativiti pada kek ini mengikut citarasa anda. Mungkin anda boleh memasukkan yogurt berperisa, menambah hirisan badam dan cip coklat putih di dalam adunan atau menghias kek dengan saduran coklat cair.

Terpulang kepada anda bagaimana untuk meningkatkan keenakan kek yogurt yang mudah dan enak ini. Selamat mencuba!

Sumber: Cocoh

  • 1
  • 2
  • 3

The post Resepi mudah kek yogurt yang gebu dan cair di mulut. Hanya menggunakan 6 bahan sahaja appeared first on Era Baru Malaysia.

Kredit:Penmerahpress

Pelanggan terkejut apabila harga hidangan kari kepala ikan di restoran mamak mencecah RM600!

(FOTO) Lelaki Ini Nekad Lakukan Pembedahan Plastik Pada Wajahnya Kerana Menderita & Malu Dipulaukan Rakan-Rakan, Selepas Pembedahan Ibunya Terkejut Hingga Menitiskan Air Mata Melihat Wajahnya..