Faezah Elai Kongsi Tips Turun Berat Badan 12 Kg Sebulan. Wow! Jom Cuba!
Bukan senang tau nak turunkan berat badan sampai 12kg sebulan. Tapi pelakon Faezah Elai yang semakin hari semakin cantik ni kongsi beberapa tips macam mana nak turunkan berat badan sepertinya khas untuk orang yang baru lepas bersalin.
1. Hanya makan segenggam nasi beras perang semasa berpantang
Untuk sarapan pagi, Faezah akan ambil bijirin dan susu, tengah hari pula ambil segenggam nasi beras perang bersama sejenis lauk seperti ikan, daging atau ayam dan mesti ada sayur. Manakala petang ambil dua biji kuih dan kopi panas cair. Kopi penting juga untuk meningkatkan metabolisme.
2. Jaga pengambilan kalori
Tak kisah la nak makan apa sekalipun pastikan pengambilan kalori dijaga. Jangan ambil makanan lebih daripada 1300 kalori sehari.
3. Jangan makan selepas pukul 8 malam
Ada sebab kenapa kita disarankan untuk berbuka puasa sebelum pukul 8. Ianya baik untuk penghadaman.
4. Banyakkan bergerak & kekal aktif
Banyakkan bergerak dan sentiasa aktif kerana pergerakan kita membakar kalori dalam badan. Jadi makan, kemudian bakar semula kalori yang diambil.
5. Kalau nak cantik, adab dan sahsiah diri kena jaga
Bagi Faezah, kecantikan luaran boleh dibentuk dan diubah tetapi kalau dalaman buruk, maka tiada langsung nilai kecantikan seorang wanita itu yang harus dibanggakan.
Sumber: Hanasuva
Kredit:Penmerahpress