,

Kajian Mengatakan Bahawa Wanita Kelihatan Paling Cantik Pada Usia 30-an..

Kajian Mengatakan Bahawa Wanita Kelihatan Paling Cantik Pada Usia 30-an..

Sebuah laporan mengenai wanita bahawa seseorang wanita dikatakan mencapai tahap kecantikan yang paling sempurna ketika berusia 31 tahun.
Fakta itu diperolehi daripada tinjauan yang dilakukan ke atas dua ribu lelaki dan wanita di Britain.

Hasil tinjauan itu mendapati kecantikan seseorang wanita boleh ditafsirkan bukan sahaja daripada paras rupa tetapi juga personaliti dan penampilan.

Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita dipandang cantik apabila dia berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.
67 peratus daripada responden mengatakan, kecantikan bergantung pada wajah yang menawan. 47 pula peratus melihat kecantikan berdasarkan penampilan.
Tidak kurang yang berpendapat bahawa kecantikan wanita bukan terletak pada yang empunya diri, tetapi mata orang yang melihat.
Hasil penelitian sebagai berikut :
  • Daya tarik wanita mencapai puncaknya pada usia 30 tahun.
  • Tanda penuaan mulai muncul pada usia 41 tahun.
  • Mulai tidak merasa seksi di usia 53 tahun.
  • Mulai terlihat tua di usia 55 tahun.
Mengikut laporan itu, wanita yang lebih dewasa dipandang lebih cantik dan menarik berbanding wanita muda. Ada disebutkan bahawa wanita berusia awal 30an sebenarnya jauh lebih cantik berbanding wanita yang berusia 18, 19 atau awal 20an.

Wanita berusia 30an atau awal 40an dianggap paling cantik kerana inilah ketikanya mereka memiliki aset hidup yang paling berharga iaitu kecantikan rupa, kematangan fikiran, keyakinan diri dan juga mungkin kemampuan ekonomi untuk melebihkan belanja bagi memanjakan diri.
-Pen Merah Press

Kredit:Penmerahpress

Azri AF Didakwa Kerana Mencelup Kedua-Dua Tangan Anak Tirinya Ke Dalam Air Panas..

Resepi Roti John Dengan Menggunakan Roti Gardenia. Jom Buat..