Masalah Dengan Jerawat Pasir Di Muka. Cuba Amalkan Petua Ini. Hanya Menggunakan Bahan-Bahan Yang Ada Di Dapur Anda Sahaja. Jom Lakukan!..
Jerawat Pasir adalah jerawat bersaiz kecil dan halus yang biasanya tumbuh dengan begitu banyak di bahagian muka terutamanya di sekitar dahi dan pipi. Jerawat pasir akan membuatkan kulit muka kelihatan kasar dan agak kemerahan.
1. Tepung Jagung & Teh Hijau –
Kita pasti sudah sedia maklum tentang khasiat teh hijau untuk kesihatan kulit. Manakala tepung jagung pula dikatakan bagus untuk menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Gabungan tepung jagung dan teh hijau akan membantu menanggalkan sel kulit mati dan membuatkan wajah lebih bersih dan awet muda.
2. Oat & Yogurt –
Oat atau bijirin gandum dikatakan dapat menanggalkan sel kulit mati dan mengatasi masalah jerawat. Manakala yogurt pula selain dapat melembutkan kulit wajah, ia juga dapat bertindak sebagai agen pemutih dan membuatkan kulit muka lebih sihat.
3) Serbuk Kopi & Lemon –
Khasiat lemon selain dapat menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah, ia juga dapat memutihkan wajah. Gabungan serbuk kopi dan lemon akan menghasilkan skrub yang dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan jerawat pasir.
Untuk anda yang tidak tahu cara membuat skrub untuk muka dan badan, di bawah ini kami kongsikan caranya. Selamat mencuba. Pilih salah satu gabungan bahan yang kami kongsikan di atas itu.
Kemudian campurkan kedua-dua bahan tersebut sehingga menjadi campuran yang kental. Setelah mendapat campuran seperti skrub, lumurkan ke seluruh bahagian kulit wajah dengan cara menggosoknya secara perlahan. Teknik sebegini dapat menanggalkan sel kulit mati. Jangan gosok secara kasar kerana ia akan merosakkan liang pori wajah. Selepas itu cuci wajah dengan air yang bersih dan lap perlahan dan lembut menggunakan tuala. Jangan gunakan skrub secara kerap.
Cukuplah seminggu atau dua minggu sekali.-Pen Merah Press
Kredit:Penmerahpress