Resepi nasi lemak kali ini merupakan perkongsian daripada Noorastella Muhamma di group Facebook Masak Apa Hari Ini dan apa yang menarik lagi, Noorastella sudah menyediakan step by step penyediaan nasi lemak dalam kuantiti yang banyak sekaligus memberi peluang kepada anda untuk membekalkan nasi lemak bungkus secara kecil-kecilan.
Menurut Nooastella, resepi nasi lemak yang dikongsikan ini adalah rutin hariannya yang menghasilkan 200 bungkus nasi lemak setiap hari.
“Semoga bermanfaat buat kawan-kawan. Berniagalah dgn penuh keyakinan. Mudahan kita semua di murahkan rezeki yang halal,” katanya dalam perkongsian tersebut. Okay, jom ikuti satu persatu cara penyediaan nasi lemak ini. Step by step menarik sebab ada gambar, malah siap ada rahsia dan tips berguna untuk anda.
Bahan
– 10 mangkuk beras
– 2 mangkuk cili kering yang halus
– 6 mangkuk cili kering yang besar
– Minyak masak
– Minyak bekas goreng ikan bilis
– Daun pandan yang disimpul
– Air
– Gula
– Garam
– Aji
– Halia sebesar ibu jari
– Serai 4 batang
– 1 liter santan kara
Bahan Tumis:
– Bawang besar 8 biji
– Bawang putih 3 labu
– Serai 6 batang
– Kunyit hidup sebesar jari kelingking
– Halia sebesar ibu jari
– Belacan 1 1/2 inci di bakar
– Serbuk cili 6 sudu makan
Cara Memasak
Step 1:
Kita mulakan dengan cili kering. Sy gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yg terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yg halus/kerinting lebih pedas dr cili kering besar.
Step 2:
Gunting Cili Kering Halus Halus Supaya Lembut Ketika Direbus
Step 3:
Rebus cili kering dlm kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak
Step 4:
Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau utk pastikan cili kering masak dgn seimbang
Step 5:
Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.
Step 6:
Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Mengikut kuantiti 8 mangkuk cili kering yg sy gunakan, proses blender sy sebanyak 5 kali. Simpan dlm besen dan ketepikan.
Step 7:
Sediakan bahan-bahan tumis
Step 8:
Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya memudahkan proses blend
Step 9:
Tumis Guna Minyak Masak. Untuk blend bahan-bahan tumis, saya tidak menggunakan air sebaliknya menggantikannya dgn minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.
Step 10:
Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.
Step 11:
Tumis Sambal Nasi Lemak. Sekarang kita boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. Sy gunakan minyak bekas goreng ikan bilis utk menumis. Inilah rahsia sambal yg sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama
Step 12:
Masukkan bahan tumis yg di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yg di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yg maveles!
Step 13:
Tumis sampai garing dan terbit minyak.
Step 14:
Kemudian masukkan cili kering yg sudah di blend awal tadi. Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dlm semangkuk air. Masukkan air asam jawa yg di tapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yg terhasil adalah sambal yg manis-manis pedas. Bagi saya, itulah definisi sambal yg terbaik.
Step 15:
Masak sambal sampai terbit minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yg sesuai. Sambal yg sedap adalah sambal yg di masak dgn waktu lama. Kebiasaan sy, sambal ini sy sediakan pd waktu mlm. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu di panaskan dan fokus pada nasi pula.
Step 16:
Inilah sambal yg telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yg lama, 3-4 jam.
Step 17:
Skg beralih pada penyediaan nasi pula. Sy gunakan 10 mangkuk beras utk sekali masak. 10 mangkuk beras ini dpt menghasilkan 100 bungkus nasi lemak mengikut sukatan sy.
Step 18:
Cuci beras berkali-kali sampai betul bersih. Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yg bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yg selalu melembabkan nasi.
Step 19:
Penyediaan nasi bersama halia, serai dan daun pandan
Step 20:
Tuang beras dan bahan-bahan lain dlm kuali besar. Masukkan air 2 inci dr permukaan beras
Step 21:
Utk 10 mangkuk beras ini, sy gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yg sgt pekat
Step 22:
Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula
Step 23:
Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja. 60% lg akan masak di dlm periuk kukusan.
Step 24:
Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Sy suka taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk utk aroma nasi yg wangi.
Step 25:
Bila nasi sudah kering, gunakan pinggan utk transfer ke dlm periuk kukusan yg sudah di panaskan
Step 26:
Transfer nasi dr kuali sampai habis
Step 27:
Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit
Step 28:
Petua Berharga Yang Anda Perlu Beri Perhatian
Lagi sedikit PETUA dari saya :
-Timun yg di gunakan utk nasi lemak.
Selepas potong, masukkan ke dalam peti sejuk. Ini bertujuan mengelakkan timun dr berair yg akan merosakkan nasi. Keluarkan timun apabila tiba waktu utk menggunakannya.
-kacang goreng.
Jemur kacang di bawah matahari. Ini kerana kacang yg terbungkus dlm plastik akan berbau hapak dan agak lembab. Bila kacang di jemur sblm goreng, kacang yg terhasil sgt rangup.
-ikan bilis.
Ketika ingin menggoreng ikan bilis, masukkan beberapa hirisan bawang putih. Petua ini berguna utk mengetahui samada ikan bilis cukup masak atau belum. Bila hirisan bwg putih sudah garing, maknanya ikan bilis pun sudah cukup masak.
-telur rebus.
Selepas siap merebus telur, ketika sudah matikan api, masukkan beberapa sudu cuka masakan dan tutup sekejap periuk. Ini bagi memudahkan proses pengupasan telur.