,

Adam Corrie Kongsikan Resepi Istimewa Cara Untuk Buat Sendiri Mee Kicap & Wantan..

Adam Corrie Kongsikan Resepi Istimewa Cara Untuk Buat Sendiri Mee Kicap & Wantan..

Resepi Mee Kicap & Wantan

Jemput makan sambil tengok bola. Siap dah dinner saya malam ni..
Buat mee wantan kicap. Dulu masa remaja saya jual mee kicap untuk menampung hidup.
a. Mee Wantan
  • mee wantan (dicelur) 
  • minyak bijan
  • kicap pekat 
  • kicap cair 
  • sos tiram

* Campur semua minyak dan kicap tu dalam pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu.. pastu gaul rata. Tabur bawang goreng kalau suka. 
Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee
Letak sikit inti di tengah kulit wantan. Gunakan sedikit air sebagai gam. 
Dah siap boleh simpan . Frozen kan. Boleh goreng, kukus atau masukan dalam sup terus.

b. Isi Wantan
  • Udang (dicelur) / ayam ( di cincang halus) 
  • Daun bawang di potong halus
  • Karot di potong halus.. 
  • lada sulah
  • Sos tiram
* gaul semua ..
c. Kulit Wantan
  • tepung serbaguna
  • sedikit tepung jagung (untuk menabur)
  • air – boleh tambah jika perlu
  • Telur garam
* Payah sangat .. beli je yang dah siap kat kedai. Baru RM3
d. Sup
  • Air
  • Lada sulah 
  • Kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja.
P/s : saya tak ada restoren ye. Terima kasih
Ini wantan yang dah siap. Saya suka makan bersama sup… masukkan je dalam sup hingga masak
Sumber: Adam Corrie

Kredit:Penmerahpress

resepi-nasi-lemak

RESEPI NASI LEMAK ini Dapat Lebih 30,000 Share Dan Mungkin Mengubah Ekonomi Hidup Anda

9 Cara Berkesan Melembutkan Tumit Kaki Pecah, Gatal Dan Merekah, Hanya Guna Bahan-Bahan Mudah Ini Sahaja..