,

Biji Durian Jangan Di Buang! Cuba Buat Resepi Kerepek Daripada Biji Durian, ‘Rare’ Tapi Sedap..

Biji Durian Jangan Di Buang! Cuba Buat Resepi Kerepek Daripada Biji Durian, ‘Rare’ Tapi Sedap..

Disebabkan harganya yang meningkat, apa kata jika anda tidak hanya menikmati isi durian dan mencampakkan bijinya ke dalam tong sampah, sebaliknya memaksimumkan penggunaannya bukan sahaja pada isi, malahan juga bijinya.
Begitulah yang dilakukan seorang pengguna Facebook, Zakiah Abdullah, 46, yang telah berkongsi resipi dan cara-cara untuk membuat kerepek biji durian yang direkanya.

Resipinya itu telah tular di media sosial tahun lepas dan tahun ini, apabila musim durian tiba ia kembali menjadi bualan serta mula dikongsi semula.
CARA BUAT KEREPEK DARIPADA BIJI DURIAN, LANGKAH DEMI LANGKAH..
Berikut adalah cara buat kerepek daripada biji durian. Cuma ada 5 langkah, mudahnya!

1. RENDAM BIJI DURIAN
Biji durian seelok-eloknya direndam semalaman supaya kita senang nak buang bahagian buah dan sedikit kulit yang masih melekat pada biji durian.
2. KERINGKAN
Selepas dibersihkan kulitnya, jemurkan biji-biji tadi supaya kering sedikit.
Kalau tak tunggu kering, biji durian ini akan rasa berlendir. Jadi, kalau licin susah pula nak dipegang dan disagat.

Nanti bersihkan macam dalam gambar di bawah ini ya.
3. SAGAT
Selepas dibersihkan bijinya, kemudian gunakan penyagat (alat untuk kikir halus) untuk dapatkan kepingan halus.
Kalau tak ada, boleh juga gunakan ‘peeler’ yang selalu buat buang kulit epal tu.
Ini contoh biji durian yang telah disagat.
4. GORENG
Selepas siap disagat, bolehlah kita menggoreng sampai kekuningan dalam minyak panas.

Agak-agak warna putih tadi dah bertukar kekuningan, angkat dan toskan minyak berlebihan.
5. BUBUH PERASA
Untuk menyedapkan rasanya, bolehlah tambah sedikit garam dan di gaul-gaul.
Kalau minat dengan perasa lain, bolehlah cuba juga.
Perasa kari ke, perasa sambal ke. Ikutlah kreativiti dan tekak masing-masing ya.
SIAP!
Jadi, lepas ini janganlah buang bijinya. Dah beli mahal-mahal, kenalah makan sampai ‘licin’ sekali dengan bijinya.
Mudah sangat cara buat kerepek daripada biji durian ni.

Kalau nak rasa hidangan yang unik dan ‘rare’, anda kenalah cuba. Sebab setakat ni rasanya belum nampak lagi orang jual.-Pen Merah Press

Kredit:Penmerahpress

[VIDEO] Nak Kulit Muka Lembap & Kurang Minyak? Gadis Ini Kongsi Tips Dengan Hanya Guna 2 Bahan Saja..

Tak Payah Diet Nasi Tapi Boleh Turun 10Kg Dalam Masa 3 Bulan! Ikuti Tips Kurus Mudah Wanita Ini..