Bosan dengan jagung rebus? Resepi jagung ini akan membuat keluarga anda menikmati jagung tanpa henti
Rasanya semua orang tahu memakan jagung dengan cara rebus atau kukus dengan meletak sedikit garam, marjerin atau mentega. Paling tidak kita membakar atau mencampurkan bersama bahan lain di dalam resepi masakan.
Bagaimana apabila anda mendapat bekalan jagung yang banyak pada musim jagung dan buntu untuk memasak apa dengan jagung yang banyak selain dari merebus atau mengukus.
Resepi jagung di bawah mungkin akan membuat keluarga anda mahu memakan jagung lebih dari sekali.
1. Ambil dua batang jagung dan kupas kulit serta asingkan dari jagung. Kulit jagung jangan dibuang dan asingkan ia di satu bekas lain.
Kredit : kknews
2. Parut kesemua jagung tadi dengan pemarut dan kisar ia sehingga halus.
Kredit : kknews
3. Apabila ia menjadi halus dan lembut, masukkan satu sudu kecil gula dan satu sudu besar tepung beras pulut dan kacau sebati bersama jagung yang telah dikisar tadi. Sukatan gula dan tepung beras pulut mengikut jumlah jagung yang digunakan. Jika lebih tambahkan sedikit lagi mengikut rasa.
Kredit : kknews
4. Ambil kulit jagung tadi dan bersihkan ia dengan bilasan air. Lap dan keringkan.
Kredit : kknews
5. Ambil kulit jagung dan letakkan adunan jagung di atasnya.
Kredit : kknews
6. Sediakan pengukus dan panaskan. Ambil adunan jagung yang telah tersedia bersama kulitnya dan letakkan ia di atas pengukus. Sebelum dikukus, anda boleh menaburkan sedikit bijan hitam sebagai hiasan.
Kredit : kknews
7. Kukus selama 10 minit sehingga jagung ini masak.
Jagung kukus yang lembut dan sedap telah tersedia untuk dimakan. Cubalah resepi ini di rumah. Pasti anda dan keluarga mahu memakannya lagi sehingga habis.
Era Baru
The post Bosan dengan jagung rebus? Resepi jagung ini akan membuat keluarga anda menikmati jagung tanpa henti appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress