Kek gulung batik ini sangat cantik dan menarik hingga terasa sangat sayang untuk memakannya!
Kek gulung seperti segulung kain batik ini sangat cantik dan menarik! Siapa yang melihat pasti berasa tertawan dan hanya mahu melihatnya sehingga berasa terlupa dan sayang untuk memakannya.
Kek gulung ini rupanya seperti segulung kain batik…
Tetapi, sebenarnya ini adalah kek gulung ala Swiss yang sangat lembut lagi menyelerakan, dan ya! ia untuk dimakan
Kek-kek gulung batik yang sangat menyelerakan dan cantik ini adalah hasil kerja kreatif dan artistik oleh Nura dari Batikrolls, sebuah syarikat perniagaan menjual kek unik secara dalam talian yang beroperasi di Singapura
Dengan mendapat inspirasi dari ibunya yang suka membuat dan membakar kek, Nura dengan bersungguh-sungguh berusaha mengubah gaya buatan kek gulung Swiss ibunya dengan lebih artistik tanpa mengubah resepi yang asal.
Dengan kesungguhan itu, ia membuahkan hasil apabila ia mendapat sambutan yang amat hebat, dengan penghasilan kek gulung batik cantik dari Batikrolls yang telah menjadi terkenal.
Penghasilan kek batik ini bermula dengan melakar lukisan batik dari beg paip yang dihasilkan dari krim mentega dengan pelbagai warna. Ia dilakar satu persatu di atas kertas minyak dengan lapisan demi lapisan. Kemudian kertas minyak yang sudah dilakar dimasukkan ke dalam ketuhar dan dibakar dengan cepat.
Selepas itu adunan kek di letakkan di atas lapisan corak batik yang telah dibakar itu dan dimasukkan kembali ke dalam ketuhar dan dibakar untuk kali kedua.
Apabila telah siap dibakar, kertas itu akan dikupas dan siaplah satu rekaan unik kek bermotif batik. Selepas dibiarkan sejuk seketika, ia boleh digulung.
Kek gulung Swiss ini mempunyai beberapa rekaan batik klasik yang boleh dipilih, semuanya bermotifkan dengan inspirasi bercorak kain batik tradisional.
Dari kiri: Batik Gendongan, Batik Mawar, Batik Pemalang, Batik Mega Mendung, Batik Pekalongan dan Batik Parang Rusak.
Pelanggan boleh memilih pilihan inti krim samada krim mentega vanila, krim mentega beri biru dan yang paling mendapat sambutan krim coklat Nutella.
Kek gulung Swiss batik ini adalah ditanggung halal dan telah berada di Semenanjung Malaysia dengan tempahan dan penghantaran boleh dibuat dan didapati di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor.
Kek gulung ini dijual dengan harga diantara SGD26 hingga SGD28 setiap satu dengan tempahan minimum sebanyak dua biji gulungan kek gulung Batik.
Mahu mendapatkan dan merasa kek batik yang unik ini? Anda boleh membuat tempahan sekarang dengan melayari laman web Batikrolls.
Kredit imej oleh Batikrolls
Era Baru
The post Kek gulung batik ini sangat cantik dan menarik hingga terasa sangat sayang untuk memakannya! appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress