,

Lelaki Ini Kongsikan Resepi Puding Betik Yang Mudah Untuk Disediakan. Selamat Mencuba!..

Lelaki Ini Kongsikan Resepi Puding Betik Yang Mudah Untuk Disediakan. Selamat Mencuba!..

Oleh: Khairul Hakimin Muhammad
Untuk peminat buah betik, jika di rumah kau ada betik yang dah masak ranum, maka kau boleh sediakan puding sedap ya ampun ini. Kau simpan dalam peti ais, makan masa berbuka. Ya Tuhan! Mengadap yang itu sahajalah dibuatnya.

Puding ini kau boleh ganti dengan kastard, tepung jagung, coklat atau apa sahaja yang kau suka. Sedap. Janji, betik itu sudah masak.
Puding Betik Sirap Ros.
Bahan-bahannya ialah:
  • 1 biji betik masak, saiz sederhana. 
  • 1/2 paket agar-agar tali / kering (dalam 10gm).
  • 3 sudu gula pasir,
  • 1 cawan setengah air masak,
  • 3 sudu besar sirap ros.
Cara-caranya kau tengok dalam gambar ya.
Image may contain: food
  • Kupaskan kulit betik.
Image may contain: food
  • Belah dua, buang bijinya pula.
Image may contain: food
  • Kemudian, kaup isi betik dan jadikan ia seperti sampan begitu. Tak perlu terlalu banyak ya. Nanti bocor pula.
Image may contain: food

  • Isinya yang dikaup tadi letak dalam mangkuk.

Image may contain: food
  • Dalam periuk, kau masak agar-agar dengan 1 cawan setengah air. Oh ya. Kalau boleh rendam dulu agar-agar dalam 10 minit.

No automatic alt text available.

  • Dah mendidih, panas bukan main di dada, kau masukkan gula dan kacau lagi sampai agar-agar itu hancur.

No automatic alt text available.


  • Kemudian masukkan isi betik yang dikaup tadi.


Image may contain: food

  • Kemudian masukkan sirap ros dan kacau lagi.
Image may contain: food
  • Selepas itu tuang dalam betik sampan tadi. Perlahan-lahan ya, kan panas. Rehatkan dalam 30 minit baru masukkan ke dalam peti ais (bukan sejuk beku ya).
Image may contain: food
  • Dah sejuk, boleh lah dipotong.
Image may contain: food
  • Masa berbuka nanti bolehlah makan! Selamat mencuba!

Image may contain: food
Terima Kasih Encik Khairul Hakimin Muhammad kerana berkongsikan resepi puding betik yang sedap ni..

-Pen Merah Press

Kredit:Penmerahpress

Wanita Ini Kongsi 10 Tips Diamalkannya Untuk Mantain Kurus Dan ‘Solid’ Selepas Bersalin Walau Anak Dah Nak Masuk 4 Orang..

Gadis Ini Pernah Digelar ‘Badak Dan Gorila Oleh Seorang Lelaki, Kemudian Gadis Ini Nekad Mengubah Cara Pemakanan Dan Cara Hidup. Ikuti Perkongsian Tips. Petua Dan Resepi Yang Dikongsikan Olehnya. Sangat Menjadi Inspirasi