Mengapa stik termahal di dunia itu berharga RM13,500? Ini antara sebabnya
Bayangkan dengan wang RM13,500 anda boleh membeli sebuah kereta terpakai yang masih elok dan mampu membawanya ke merata tempat. Tetapi ada individu di dunia yang sanggup membelanjakan wang untuk membeli daging stik yang rasanya bagai cair di mulut dengan harga RM13,500.
Mengapa dengan harga daging stik ini, ia menjadi daging stik termahal di dunia?
Apakah keistimewaan daging stik yang amat mahal dan hanya mampu dimakan oleh golongan atasan dan mewah sahaja ini?
Kredit: Boucherie Polmard Paris
Jika wain akan menjadi lebih sedap apabila telah berusia, begitu juga dengan daging lembu terpilih yang sangat istimewa ini. Pada harga RM13,500 daging stik rusuk cote de boeuf dari tahun 2000 adalah daging stik yang termahal di dunia.
Kenapa daging stik rusuk ini menjadi begitu berharga? Pemilik stik rusuk ini dari Boucherie Polmard di Paris, Perancis bernama Alexandre Polmard mendedahkan rahsianya.
Baka lembu dari penghasilan stik rusuk bermutu tinggi ini ialah Blonde Aquintaine yang menjadi pesaing kepada daging lembu yang mahal seperti Blank Angus dan Kobe. Dengan kejarangan daging rusuk ini terdapat di pasaran, itu telah membuatkan nilainya menjadi sangat tinggi dan berharga.
Menurut Polmard, terdapat hanya 103 daging rusuk yang di simpan dari tahun 1998 sehingga tahun 2009. Polmard melaburkan wang yang banyak dalam menyimpan daging rusuk berkualiti paling tinggi di dunia ini.
Dengan bilik penyimpanan khas yang diudarakan dengan sempurna di bawah tahap beku, Polmard mampu memelihara kesegaran dan menjaga daging rusuk lembu termahal ini dengan begitu sempurna sekali untuk satu jangka masa yang lama.
Sejak stres menjadi punca mewujudkan glikogen dan asid laktik di dalam tubuh badan lembu yang mengurangkan kelembutan daging dan rasanya, Boucherie Polmard telah menyediakan persekitaran yang tidak mewujudkan rasa stres di kalangan lembu-lembunya.
Ini bermakna, mereka menyediakan ruang meragut rumput dengan persekitaran segar dan selesa yang mencukupi kepada lembu-lembu ini. Ladang yang luas ini terletak di sebuah pekan terpencil di Saint Mihiel di timur laut Perancis.
Polmard akan bercakap dengan lembu-lembu itu setiap hari dan beliau melabur berjuta euro dalam membina rumah penyembelihan yang hanya akan menyembelih empat ekor lembu sahaja setiap minggu.
Ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan rasa stres di kalangan lembu-lembu ini kepada tahap yang paling minimum.
Dari sini, kualiti daging akan dipelihara dalam proses yang dipanggil oleh keluarga Polmard sebagai ‘hibernasi’, dimana persekitaran dengan udara yang sejuk selaju 75 km sejam akan dialirkan kepada daging tersebut di bawah suhu tahap beku -45 darjah fahrenheit.
Dengan memberikan sepenuh perhatian dan ketelitian yang sangat serius oleh Boucherie Polmard yang sudah berusia 169 tahun ini, tidak hairanlah harga daging ini menjadi sangat mahal yang hanya boleh dikelolakan dan dimasak oleh cef terkenal dunia yang berpengalaman sahaja.
Untuk memastikan daging rusuk ini diberikan secara terbaik kepada golongan yang berminat dan terpilih sahaja, Polmard akan menjemput pemilik restoran yang berminat untuk berkunjung ke rumah sembelihannya.
Ini untuk memastikan yang seseorang cef itu benar-benar memahami dan cabaran teknikal yang akan dibabitkan dengan pengendalian daging rusuk yang mahal ini. Setakad ini, hanya dua orang cef di dunia yang telah memasak stik dari daging rusuk bermutu tinggi Polmard.
Seorang cef yang bernama Cef Fabrice Vulin dari restoran bertaraf Michelin dua bintang Caprice di Hong Kong dan seorang lagi Cef Pierre Negrevergne dari Restoran La Terrace Mirabeau di Paris.
Akhirnya, hasil keseluruhan kasih sayang dan perhatian yang diberikan Polmard kepada lembu-lembu ini akan dicurahkan ke atas sebuah pinggan apabila seseorang yang bertuah itu merasainya.
Dengan meminimakan tahap stres kepada lembu terpilih ini, stik dari Polmard berasa sangat lembut dan mencair di dalam mulut. Dengan memakannya mentah atau dimasak dengan resepi stik terpilih, anda akan merasai perbezaan yang begitu jauh ketara dengan stik biasa yang lain.
Apa yang menakjubkan, stik dari daging rusuk bermutu tinggi Polmard ini amat rendah kandungan lemak.
Menurut pemilik Boucherie Polmard generasi kelima ini, daging rusuk bermutu tinggi yang sangat lembut seperti sutera ini akan sesuai dimakan dengan wain merah Cote Rotie de chez Jamet atau wain putih Meursault dan Saint-Aubin Premier Cru.
Ia juga sesuai dimakan dengan hidangan sampingan pasta, cendawan truffles, gratin kentang, ratatouille, kentang lenyek atau kentang goreng.
Era Baru
The post Mengapa stik termahal di dunia itu berharga RM13,500? Ini antara sebabnya appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress