,

Resepi Ayam Masak Halia untuk Ibu Berpantang. Resepi Paling Mudah, Suami pun Boleh Cuba Masak Untuk Isteri

resepi ayam masak halia untuk ibu berpantang paling mudah

Saya nak share resepi ayam masak halia untuk ibu berpantang. Saya ikut kata mak saya, orang pantang eloklah makan ayam kampung dara. Sekiranya tak dapat, buang segala lemak dan kulit pada ayam. Bagi orang Melayu, halia salah satu herba yang mempunyai banyak khasiat untuk orang berpantang iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, serta melancarkan perjalanan darah. Bagi saya, masa berpantang ni kita kena jaga juga nutrien. Sebab nak menyusukan anak lagi, nak jaga anak lagi. Jadi kita pun perlu sihat dan kuat. Perlu cukup nutrien dalam badan. Walaupun ada ambil supplemen, tapi jangan tinggal langsung pula nutrien dari makanan sebab supplemen tu cuma tambahan. Sekarang beralih ke resepi ayam masak halia khas dari saya. Masakan ini mudah, bahan tak terlalu susah nak cari, ada je di ceruk dapur kita. Jomlah cuba buat! suami pun boleh cuba masak untuk isteri tersayang.

Bahan-bahan

Ayam separuh (rebus ayam sekejap je pakai air sikit dlm 2 cawan. Air rebusan jangan buang)
Sos tiram
Kiub ayam 1 je
Lada hitam sikit
Halia hiris tk kesah byk mane
Bawang putih 4 hiris
Daun sup bawang

Cara-cara
1. Semua bahan ni lumur kat ayam. perap sekejap
2. Kukus dalam bekas tahan panas dalam piuk ns ke …dlm kukusan ke…boh air rebusan dalam secawan.
3. Perasa dgn garam dan gula secukup rasa
4. Letak daun sup bawang carik2 letak atas ayam
5. Dah masak, rase dah sedap, bole tabur cili

resepi sos ala thai sedap homemade halal

Resepi Sos Thai Sedap Homemade, Dijamin Halal! Bisa Buat Jualan!

resepi kerepek cheese rangup mudah sedap

Resepi Kerepek Cheese Rangup dan Sedap, Paling Mudah! Guna Cheezels! Bisa Buat Bisnes!