,

Resepi Ayam Bakar Mayonis Yang Sedap, Lazat Menjilat Jari!

resepi-ayam-bakar-mayonis-sedap-lazat-menggigit-jari

Dah siap masak lunch ke?
Hari ni saya nak sediakan ayam bakar mayonis yang sedap lazat menjilat jari gitu.. Haha.. Sedap tau resepi ni. Saya jumpa di Facebook. Dah la sedap, senang pulak tu nak buatnya. Masuk je semua bahan lepas tu perap dan bakar. Kan senang tu? Hehe.. Kalau yang tak ada oven tu boleh jugak bakar di atas dapur biasa. Bungkus dengan aluminium foil ataupun daun pisang supaya tak cepat rentung.

Resepi kat bawah yer..
Jom cuba buat ayam bakar mayonis.
Bahan bahan semua ada, boleh la perap ayam.
Mommies yang tengah dalam misi jaga badan jangan lupa share dan save tau.

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
⏺️8 ketul drumstick – tun guna 1/2 ekor ayam
⏺️1 sudu besar mayonis
⏺️1 kiub ayam – xletak, ganti ngan garam
⏺️1 sudu besar kicap manis
⏺️1 sudu besar sos tiram
⏺️Lada hitam secukupnya-tumbuk
⏺️2 ulas bawang putih-tumbuk
⏺️1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara
⏺️Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam.
⏺️Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.
⏺️Cara tun: masa mula bakar, tun cover dgn aluminium foil dulu utk kekalkan kelembapan. Then alihkan ayam yg half cook atas jaring dan bakar smp garing.

Ok sila menikmati ayam bakar mayonis yang sedap lazat ni semasa panas.. Sedap!

Umur 30 Tapi Macam 19 Tahun, Wanita Ini Amalkan Susu Kunyit Badam Madu Supaya Wajah Naik Seri & ‘Pinkish’. Jom cuba..

Resepi Vietnamese Spring Rolls (Popia Vietnam) Paling Sedap! Klu Beli Mmg Mahal, Buat Sendiri Senang!