Ayam masak kurma yang dipengaruhi oleh resepi dari India ini boleh digantikan dengan daging lembu atau kambing. Resepi ayam ini sangat popular di restoran India. Anda boleh menyediakan hidangan istimewa ini untuk makan tengah hari atau makan malam saat Deepavali. Resepi mudah ini sangat cocok untuk Anda yang sedang diet kerana ayam masak kurma ini special dengan yogurt tanpa santan.
Bahan untuk menyediakan ayam masak kurma
1 ekor ayam, kerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
1 1/2 sudu besar bubuk ketumbar
7 ulas bawang putih
25 gram halia
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu besar lada putih
10 cili hijau
4 sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan yogurt
2 biji tomato, didadu
garam dan gula secukup rasa
Cara membuat ayam masak kurma special yogurt paling mudah
1. Perap ayam dalam bubuk ketumbar. Biarkan selama 30 minit.
2. Kisar halus bawang putih, halia, jintan manis, lada putih, dan cili hijau.
3. Panaskan minyak sapi. Tumis kayu manis, bunga cengkih, dan bumbu kisar halus hingga beraroma.
4. Masukkan potongan ayam. Masak selama 10 minit.
5. Masukkan 1/4 cawan yogurt dan tomato.
6. Panaskan hingga mendidih dan ayam lembut.
7. Masukkan sisa yogurt dan biarkan mendidih perlahan.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, jika ok boleh matikan api.
9. Hidangkan ayam masak kurma sebagai lauk dengan nasi untuk makan tengahari.
Resepi ayam lainnya:
https://borianafoods.com/resepi-nasi-ayam-penyet-original-jawa-mudah.html
https://borianafoods.com/resepi-ayam-goreng-pedas-korea-yangnyeom-step-by-step.html
https://borianafoods.com/resepi-ayam-masak-bali-mudah-dan-sedap.html
Kredit:
singaporelocalfavourites.com