,

4 Resepi Soto Ayam Versi Orang Jawa Paling Sedap

resepi soto ayam madura paling sedap

Hari ini scroll-scroll gambar di facebook, nampak pulak pelbagai soto ayam sambil telan air liur. Sedap sangat nak mampos. Makan soto yang berkuah panas sangat sedap untuk breakfast pagi dan makan tengahari apatah lagi cuaca yang sejuk sekarang ini. Saya buka buku masakan lama dan temukan pelbagai resepi soto ayam versi orang jawa. 4 resepi soto ayam ini paling sedap dan best lah. Jomlah cuba masak soto ayam paling sedap versi orang jawa ni.

Soto Ayam Madura

resepi soto ayam madura paling sedap

Pulau di hujung pulau jawa ini selain terkenal dengan sate ayamnya juga terkenal dengan sajian berkuah bernama soto ayam madura. Jika soto di daerah lain menggunakan emping yang menjadi taburannya soto madura atau soto pamekasan ini menggunakan kentang goreng.

Bahan-bahan / bumbu-bumbu:
2 liter air
1 batang serai, dimemarkan
3 lembar daun jeruk
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu kecil merica bubuk
2 sudu besar minyak untuk menumis
minyak untuk menggoreng

Bumbu Halus:
7 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit, dibakar
4 buah kemiri, disangrai
1/2 sudu kecil lada

Bahan Pelengkap:
50 gram mee soun, diseduh
3 butir telur rebus, dipotong-potong
1 sudu besar kicap manis
2 batang daun bawang, dihiris halus
2 batang saderi, dihiris halus
75 gram taoge pendek
2 buah limau nipis

Bahan Taburan:
bawang goreng
75 gram kentang goreng

Cara membuat:

Rebus ayam dan air hingga mendidih dan berkaldu. Angkat. Saring kaldunya 1,500 ml. Goreng ayam hingga berkulit lalu Toskan. Siat-siat.
Panaskan minyak. Tumis bumbu halus, serai, dan daun jeruk hingga harum.
Masukkan ke dalam kuah itu. Tambah garam, gula pasir, dan merica bubuk. Aduk rata. Didihkan.
Tata pelengkap dan ayam siat dalam mangkuk. Tuang kuah soto. Taburkan bahan taburan.

Resepi Soto Ayam Bandung

resepi soto ayam bandung paling sedap
Menikmati soto Bandung yang berkuah bening dengan hirisan lobak dan renyahnya kacang soya yang dijadikan taburannya memang menjadi sesuatu yang tak boleh digantikan. Untuk anda yang suka dengan rasa pedas boleh tambah sambal ke dalamnya. Pasti terasa lebih sedap dan lazat.

Bahan-bahan / bumbu-bumbu:

bahan:
500 gram ayam
2 liter air
2 batang serai, dimemarkan
2 cm halia, dimemarkan
2 cm lengkuas, dimemarkan
1/2 sudu makan garam
1 blok kaldu ayam
1 sudu kecil gula castor
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bumbu Halus:
7 butir bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada serbuk

Bahan Sambal (haluskan):
30 buah cili padi merah, direbus
1/4 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil garam
25 ml kuah soto

Bahan Pelengkap:
1 buah lobak, dihiris halus, direbus sebentar
2 tangkai saderi, dihiris halus
1 batang daun bawang, dihiris halus
100 gram kacang soya goreng
2 sudu makan bawang goreng
2 buah jeruk nipis untuk pembentangan
kicap manis untuk pembentangan

Cara membuat:

Rebus daging dengan air diatas api kecil hingga matang. Angkat. Potong 2×2 cm. Saring kaldunya dan tambahkan air menjadi 1.800 ml. Rebus lagi daging hingga mendidih.
Panaskan minyak. Tumis bumbu halus, serai, lengkuas, dan halia hingga harum. Tuang ke rebusan daging. Masak hingga empuk.
Masukkan garam, blok kaldu ayam, dan gula castor. Masak hingga matang.
Hidangkan kuah dengan pelengkap dan sambal.

Resepi Soto Ayam Lamongan
resepi soto ayam lamongan paling sedap

Soto Lamongan adalah soto yang khas dari Jawa Timur, dam merupakan salah satu masakan dari Indonesia yang sangat popular di kalangan dunia maya maupun nyata. Sudah terbukti bahawa banyak yang mengatakan bahawa Soto Lamongan di katakan bahawa mempunyai cita rasa yang sangat lazat dan sangat enak. Boleh dilihat dari pelbagai sumber bahawa Soto Lamongan merupakan soto faforit versi orang Jawa.

Bahan Membuat Soto Lamongan:

1 ekor ayam saiz sedang, boleh ayam potong boleh juga ayam kampung
5 butir telur ayam rebus
2¼ liter Air
Minyak goreng untuk menumis
2 liter air kaldu ayam
6 helai daun limau
1 batang serai (bahagian putihnya), memarkan
garam secukupnya
gula Secukupnya

Rempah Soto Lamongan (dihaluskan)

10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 butir kemiri
2 ruas jari jahe
2 ruas jari kunyit

bahan pelengkap

3 bungkus soun, seduh dengan air panas hingga lembut, toskan
6 lembar kol putih, iris kasar memanjang
150 gram tauge, bersihkan
2 tangkai daun seledri, iris halus
2 buah tomato merah saiz sedang
bawang goreng
Sambal, boleh lihat di postingan sebelumnya disini

Cara Membuat Soto Lamongan

Rebus ayam hingga mendidih, saring kaldunya kemudian didihkan kembali hingga tersisa 2 liter air, ketepikan.
Sediakan minyak, goreng sebentar ayam yang tadi direbus, angkat, toskan. Dan bila sudah sejuk ayam tersebut disuwir kecil-kecil.
Panaskan minyak goreng untuk menumis bumbu halus, serai dan daun limau, hingga harum.
Masukkan rempah tumisan ke air kaldu, tambahkan garam dan gula, masak hingga matang
Sajikan dengan bahan pelengkap lain dan siwiran ayam yang telah digoreng

Resepi Soto Ayam Kudus

resepi soto ayam kudus paling sedap
bahan:
1 ekor ayam, dibelah 4 bahagian
2 liter air
3 lembar daun salam
2 cm lengkuas, dimemarkan
5 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula castor
1 blok pati ayam
1 1/2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar minyak untuk menumis
minyak untuk menggoreng

Bumbu Halus:
12 butir bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu teh lada serbuk

Bahan Pelengkap:
150 gram taoge, diseduh
10 tangkai kucai, potong 2 cm
3 batang daun bawang, iris
3 tangkai saderi, dihiris
10 ulas bawang putih, dihiris, digoreng, diremas-remas untuk taburan
3 buah limau nipis

Cara membuat:

Rebus ayam dan air hingga mendidih.
Panaskan minyak. Tumis bumbu halus, daun salam, dan lengkuas hingga harum. Tuang ke rebusan ayam.
Masukan garam, gula castor, dan blok pati ayam. Masak hingga ayam matang. Angkat ayam lalu toskan.
Goreng ayam dalam minyak yang sudah dipanaskan di atas api sedang hingga kecokelatan. Siat-siat ayam. Ketepikan.
Didihkan kuah. Tambah kicap manis. Masak hingga mendidih.
Hidangkan kuah soto bersama pelengkap dan ayam siat.

Resepi Masakan Indonesia Lainnya:
https://borianafoods.com/resepi-gado-gado-salad-tradisional-ala-jawa-indonesia.html
https://borianafoods.com/resepi-nasi-ayam-penyet-original-jawa-mudah.html
https://borianafoods.com/resepi-ayam-masak-bali-mudah-dan-sedap.html

Resepi Dessert Lapis Cheezy Oreo

6 Resepi Dessert Paling Mudah, Sedap, dan Ringkas!

resepi ayam masak kurma special yogurt tanpa santan

Resepi ayam masak kurma yogurt special tanpa santan