,

Resepi Vietnamese Spring Rolls (Popia Vietnam) Paling Sedap! Klu Beli Mmg Mahal, Buat Sendiri Senang!

Vietnamese Spring Rolls atau Popia Vietnam atau ‘Goi cuon’ merupakan gulungan kertas beras ‘banh trang’ atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.

Pada 2011 vietnam spring roll menduduki tangga ke 30 dari 50 jenis masakkan paling sedap di dunia. Ia juga merupakan hidangan appetizer yang paling popular di restoran vietnam.

Biasanya ia dihidangkan bersama vietnam dipping sauce atau sos cair,tapi zila lebih suka makan bersama sos cili thai.. tambah kan sedikit air suam biar sedikit cair.

Ramai mintak resepi Vietnam Spring Rolls semalam. Hari ini aku nak berkongsikan satu resepi yang aku suka makan. resepinya mudah jekkk…. aku pun cilok dari beberapa web lain then olah2 skit. xde lah olah sangat pun, cuma tukaq bahan dan tambah sikit-sikit je.. hehehehe…

Oke tanpa membuang masa, cer skroll tgok resepi kat bawah nie. Cubalah buat ye.

Bahan-bahan:




?Rice Paper ( Ciktyn beli kat tesco )
?Salad
?Timun batang jepun (hiris panjang)
?Carrot (hiris panjang)
?Daun ketumbar
?Suun (celur)
?Udang (celur)
?Crab stick (celur)
*boleh tambah letak kubis purple kalau suka
Bahan untuk sauce :
?1/2 ketul nisan/gula melaka
?4-5 cawan air
?3 sudu besar penuh tepung jagung (kacau dgn sedikit air, letak sikit jer klu taknak pekat sangat)
?3 ulas bawang putih
?3-4 biji cili padi ( tumbuk je sekali dgn bawang putih )
?4 sudu besar sos plum
?4 sudu besar sos cili thai
?2-3 sudu perahan limau nipis
?6-7 sudu besar gula
?2-3 sudu kecik garam
Steps untuk sauce:
1. Campur semua bahan dalam periuk kecuali tepung jagung.
2. Dah mendidih, masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Rasa agak2 cukup masam manis masin pedas. Siap!
Steps menggulung:
1. Celup rice paper ke dalam air suam, agak2 dah lembut angkat dan bentang selebarnya ?
2. Letak salad & bahan-bahan lain ( susun cantik2 ye )
3. Last sekali letak crabstick dan udang
4. Gulung macam gulung popia.
‼️Hati-hati kang terkoyak rice paper tu ?
Nak makan nanti potong dua, senang nak cicah sauce ?


Vietnamese Spring Rolls Siap & selamat dingap!
Selamat Mencuba

resepi-ayam-bakar-mayonis-sedap-lazat-menggigit-jari

Resepi Ayam Bakar Mayonis Yang Sedap, Lazat Menjilat Jari!

Resepi Puding Cendol Gula Melaka Yang Lemak Manis! Step By Step