Resepi Rahsia Cara Masak Seafood Paling Sedap ala Shell Out Homemade di Rumah!
Kedai makan Shell Out dibuka pada tahun 2013 di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Sebuah restoran makanan laut dengan sos bahan-bahan rahsia lazat dan restoran gaya Louisiana Cajun yang pertama di Malaysia. Sejak minit pertama kita melangkah ke Shell Out, kita dapat merasakan ia menawarkan pelbagai jenis konsep makan makanan laut. Restoran ini luas, dihiasi dengan pukat, meja dengan roll kertas tisu, dan apron plastik. Tiada pisau atau garpu dan sudu! Tiada kutleri! Tiada pinggan! jadi makanan itu hanya dicurahkan di atas meja kami. Makan pulak dengan tangan, memang nikmat. Tengok tu hidangan seafood dilambak atas meja saja yang dialas kertas, memang buat kita telan air liur. Teringin nak makan seafood sedap macam Shell Out tapi nak jimat and buat sendiri di rumah? Jadinya, saya menggugel mencari resepi rahsia seafood ala shell out. Resepi ini diambil dari illyariffin.com
Jomlah cuba buat seafood sedap ala shell out homemade ini.
Bahan
1. Seafood suka hati (mud crab, clam, udang, or sotong)
2. Sayur – boleh pakai brokoli, jagung, dan tomatoes. Potong dan rebus jagung dan brokoli. Tomatoes potong dan hidang fresh.
3. Lemon
4. Perasa (serbuk cayenne, serbuk paprika, serbuk cajun, dan mix herbs)
5. Butter untuk tumis
6. Garam secukup rasa
7. Bawang putih, dicincang
Cara
1. Masak air bersama lemon, serbuk cayenne, serbuk paprika, dan serbuk cajun hingga mendidih.
2. Cuci seafood dan prepare bahan-bahan lain
3. Rebus ketam atau clam supaya masak dan juicy. Ketepikan.
3. Dalam kuali asing, masukkan butter dan panaskan dengan api sederhana
4. Tambahkan serbuk cayenne, serbuk paprika, dan cajun serta bawang putih cincang.
5. Masukkan ketam yang sudah dimasak tadi ke dalam kuali tumisan tadi. Gaul dan masak hingga sebati. Asingkan sikit untuk masak clam nanti.
6. Perah lemon sebelum dihidangkan.
7. Hidangkan ketam atas meja panas-panas.
8. Masak clam dengan cara yang sama. Masukkan clam yang sudah direbus ke dalam tumisan. Lalu perah lemon sebelum dihidangkan.
9. Cara masak udang: rebus dulu udang, jangan overcook.
10. Tumis butter, masukkan bawang putih cincang hingga naik bau.
11. Masukkan mix herbs dan gaul hingga sebati.
12. Masukkan udang. Masak hingga sebati lalu hidang atas meja
13. Hidangkan sayur lalu dressing dengan mayonis campur sos cili.
Pecinta seafood perlu cuba hidangan ala shell out ini. Sila share!