,

3 Resepi Agar Agar Paling Sedap! Pasti Terliur!

resepi agar agar pandan tanpa telur paling sedap

Resepi Agar Agar Paling Sedap sebagai hidangan pemanis mulut untuk hari raya aidilfitri
resepi agar agar pemanis mulut hari raya aidilfitri paling sedap

Sebentar lagi hari raya. Agar agar ini boleh sediakan sebagai hidangan pemanis mulut untuk hari raya. Sedap sangat agar agar ni, terasa lemak manisnya. Anda pasti terliur. Agar agar untuk hari raya aidilfitri ini bukan sahaja sedap dan lazat tapi cukup cantik dipandang. Resepi agar agar ini dapat menambahkan koleksi resepi hidangan hari raya yang menjadi kesukaan sekeluarga.
[nextpage title=”Resepi Agar Agar Heavenly Milo Oreo”]

1. Resepi Agar Agar Heavenly Milo Oreo

resepi agar agar heavenly milo oreo paling sedap
Bahan
1 peket agar agar serbuk
750 ml air
160 gm gula
400 gm susu cair
3/4 cawan Milo
1 bungkus oreo, patah 2, biarkan dengan cream

Cara-cara masak agar agar milo oreo
Masak serbuk agar agar bersama air hingga larut
Masukkan gula dan masak hingga gula larut
Tambahkan susu cair lalu kacau hingga mendidih

Asingkan 2 cawan adunan agar agar ke dalam periuk lain lalu tambahkan Milo dan kacau adunan hingga sebati.

Ambil 1 cawan adunan agar agar Milo lalu tuangkan ke dalam loyang 8 inc.
Baki adunan agar agar Milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras
Milo dalam loyang pula dibiarkan mengeras sedikit tapi masih suam

Apabila permukaan adunan Milo dalam loyang mengeras sedikit tapi masih suam, toreh permukaannya dengan garpu supaya lapisan seterusnya mudah melekat
Tuangkan adunan putih dengan berhati-hati
Tuang dengan sudu sikit sikit pada bahagian tepi sebab bahagian tengah masih lembut.
Susunkan oreo yang telah dipatahkan tadi.
Biarkan lapisan putih mengeras lalu toreh permukaannya dengan garpu

Akhir sekali, tuangkan baki lapisan Milo
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais hingga membeku
Potong dan hidangkan

Kredit: azlitamasammanis.com
[nextpage title=”Resepi Agar agar santan delima sirup limau”]

2. Resepi Agar agar santan delima sirup limau

resepi agar agar santan delima sirup limau
Bahan Bahagian bening
2 cawan air
1 sudu kecil agar agar serbuk
2 sudu besar sirup agave

Bahan Bahagian Santan
160 cc santan cair
1 sudu kecil agar agar serbuk
1/8 sudu kecil garam

1/2 buah delima, buang bijinya
air limau dari 1/2 buah limau

Cara-caranya

Panaskan santan ke dalam periuk kecil dengan api sederhana sambil dikacau hingga sebati lalu masukkan agar-agar serbuk dan garam. Kacau hingga mula gelembung.

Masukkan air sejuk ke dalam cawan lalu panaskan ke dalam microwave selama 3 minit. Keluarkan air dari microwave lalu masukkan serbuk agar dan kacau hingga sebati. Panaskan lagi di dalam microwave selama 30 detik. Keluarkan dari microwave lalu tambahkan sirap agave dan kacau hingga sebati. Ketepikan

Tuangkan adunan agar agar santan sikit-sikit dengan sudu ke dalam loyang. Masukkan ke dalam peti sejuk selam 10 minit.

Apabila permukaan adunan santan dalam loyang mengeras sedikit tapi masih suam, toreh permukaannya dengan garpu supaya lapisan seterusnya mudah melekat.
Tuangkan adunan jernih dengan berhati-hati. Tuangkan sikit sikit pada bahagian tepi. Sisakan bahagian 1 1/2 inci dari atas loyang.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 5 minit.
Tuangkan dan edarkan biji buah delima sama rata ke atas bahagia bening.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit
Untuk mengidang, letakkan agar agar di atas pinggan secara terbalik. Sajikan dengan sirum limau.
Kredit: http://olivesfordinner.com/
[nextpage title=”Resepi Agar Agar Pandan Tanpa telur”]

3. Resepi Agar Agar Pandan Tanpa telur

resepi agar agar pandan tanpa telur paling sedap
Bahan
5 helai daun pandan besar, kira-kira 50g
150ml air panas
800ml air
10g serbuk agar-agar
200g gula halus
200ml santan pekat
Sedikit garam

Cara:

1. Hiriskan daun pandan nipis dan letakkan ke dalam pengisar elektrik. Tambahkan air panas dan kisar sehingga halus. Untuk mengeluarkan jus pandan, tapiskan isi melalui penapis halus dan perahkan dengan jari; anda sepatutnya dapat 125ml ekstrek pandan. Buangkan isi dan simpan jus.
2. Tuangkan 800ml air ke dalam kuali bersih, dan didihkan. Kacaukan serbuk agar-agar dan gula ke dalam air selepas air mendidih. Turunkan api dan biarkan mereneh selama 10 minit atau sehingga agar melarut sepenuhnya.
3. Campurkan jus pandan, santan, dan garam bersama cecair agar-agar yang panas, dan didihkan campuran ini. Tutupkan api.
4. Dengan serta-merta, tuangkan campuran ini ke dalam acuan jeli atau tin kek berdiameter 20cm. Biarkan menyejuk.
5. Apabila campuran sudah sejuk, letakkannya dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 1 jam. Potong menjadi kepingan kecil dan hidangkan sejuk.

resepi puding roti kukus karamel simple tanpa telur 00

Resepi Puding Roti Kukus Karamel Simple Tanpa Telur Tanpa Oven!

resepi rahsia seafood ala shell out homemade sedap di rumah

Resepi Rahsia Seafood Sedap ala Shell Out Homemade di Rumah!