Selagi musim cuti sekolah, bolehlah cuba buat cheesekut sebagai aktivitu untuk mengerat silaturahmi dengan anak-anak. Rupanya mudah dan simple je nak buat cheesekut guna biskut cream crackers ni. Tak payah nak beli oven, guna peti ais je! Tanpa bakar pon, sejukkan dalam peti ais je. Bahan-bahan pun simple sangat kan. Korang boleh cuba buat cheesekut tanpa bakar kat rumah. Cheesekut cracker ni boleh buat hidangan pencuci mulut untuk keluarga, tetamu nak menjual pon apa salahnya kan..
Bahan-bahan cheesekut
1 pek biskut cream cracker (saya guna Hup Seng Cream Crackers)
1/2 tin susu pekat manis
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu full cream (saya guna Dutch Lady)
3 pek nestum
Cara-cara buat cheesekut tanpa bakar langkah demi langkah:
1. Masukkan cream cheese
2. Masukkan susu pekat manis
3. Kacau adunan sehingga sebati
4. Masukkan susu full cream
5. Celup biskut cream cracker dalam susu dan susun dalam bekas
6. Sapukan adunan cream cheese di atas biskut
7. Tabur nestum di atas adunan cream cheese
8. Ulang semula langkah 5 dan 6
9. Tabur nestum di atas adunan cream cheese
10. Hancurkan lebihan biskut dan taburkan di atas khoisan terakhir adunan cream cheese
11. Sejukkan cheesekut ke dalam peti ais. Boleh potong kecil-kecil untuk disajikan.
Selamat mencuba. Ni lah hasilnya cheesekut biskut cream cracker.
Cheesekut tanpa bakar ini sesuai untuk dijamukan di birthday party, open house ataupun untuk pencuci mulut saat berbuka puasa. Nak makan semasa musim cuti sekolah pun boleh.
Kredit resepi: Mutoharuh Yasin