Cheesecake gabung dengan oreo memang berdosa besar bagi Anda yang ingin diet! Nanti Anda tak boleh stop makan oreo cheesecake. Resepi ini sangat mudah kerana hanya guna 3 bahan je. Selain tu, Anda tak perlu skill memasak kerana tanpa bakar. Jika Anda penggemar biskut oreo, Anda wajib cuba resepi cheesecake versi oreo tanpa bakar ini.

Bahan



25 biskut oreo
1 peket cream cheese
1/2 susu pekat manis
Cara-cara membuat oreo cheesecake tanpa bakar



Hancurkan 18 biskut oreo sehingga halus sebagai base cheesecake anda


Masukkan cream cheese dan susu pekat manis ke dalam mangkuk lalu pukul hingga kembang



Patahkan 3 biskut oreo lalu masukkan ke dalam adunan cream cheese


Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag lalu paipkan di atas serbuk biskut oreo

Patahkan 4 biskut oreo dan taburkan di atas adunan cream cheese

Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit
Sajikan semasa dingin

Oreo cheesecake yang lazat ini siap disajikan. Anda juga boleh cuba kreasi oreo yang lain seperti brownies oreo atau churros oreo.


