Anda ingin merasai cheese kek oreo tapi tidak boleh memasak? Anda tidak perlu bimbang kerana saya akan berkongsi resepi yang boleh dilakukan oleh orang yang tidak boleh masak sekalipun. Anda boleh membuat cheese kek lazat yang mudah ini tanpa bakar. Untuk membuat cheese kek oreo ini, anda hanya memerlukan masa kurang dari 20 minit untuk mempersiapkan.
Bahan
1 paket biskuit oreo
250 gram cream cheese
1/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 kotak whipping cream
Cara-cara
Hancurkan biskut oreo.
Pukul whipping cream, cream cheese, gula, dan esen vanila guna ke dalam mangkuk besar sehingga kembang.
Masukkan sedikit crumbs oreo.
Fillings anda telah siap dan boleh dituang ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan.
Hiaskan kek Anda dengan lebihan crumbs oreo.
Biarkan dalam peti seju selama 2 jam sebelum cheese kek oreo disajikan
Kredit: crazyforcrust.com