Resepi Nasi Dagang Versi Kelantan dan Versi Kuala Terengganu dan Gulai Ikan Tongkol Acar Timun Mentah Paling Mudah, Ringkas dan Sedap!
Nasi dagang merupakan hidangan kegemaran dari pantai timur Malaysia, iaitu Kelantan dan Kuala Terengganu. Dua versi nasi dagang itu tidak sama. Jika ditanya, saya lebih sukakan nasi dagang versi kelantan. Nasi dagang terengganu tak sama rupanya dan cara menyediakannya dengan nasi dagang kelantan. Nasi dagang versi kelantan lebih cantik rupanya dan nampak menyelerakan kerana berasnya yang bercampur warna coklat-coklat sikit. Cara penyediaan nasi dagang kelantan lebih mudah dan ringkas. Ia tidak disira dengan santan mentah seperti nasi dagang versi terenganu. Ia hanya dikukus seperti menanak nasi. Bahan untuk membuat nasi dagang kelantan juga lebih mudah dan ringkas. Nasi dagang versi kelantan ni, tak ada lah rempah-rempah khas seperti gulai nasi dagang terengganu. Semua bahan versi kelantan ada di dapur dan tak payah nak tumis-tumis. Nasi dagang kelantan ni istimewa kerana ia dimakan bersama sambal kelapa, acar mentah, dan telur rebus, sedap sangat lah!
Jomlah tak sabar nak merasa nasi dagang? cuba masak dengan resepi paling mudah ini!
Resepi Nasi Dagang Kelantan Paling Sedap
Bahan
3 cawan beras nasi dagang, rendam selama 20 minit, cuci bersih dan toskan.
1 cawan santan kelapa pekat
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 inc halia
3 ulas bawang merah
1/4 sudu teh halba, rendam selama 10 minit
1 helai daun pandan
Cara Masak Nasi Dagang Kelantan Paling Mudah
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata kemudian tanak nasi seperti biasa hingga ia masak.
Bila dah masak, gemburkan nasi dengan chopstik dan tutup semula periuk dan biarkan ia masak dengan sempurna.
Sementara kita tunggu nasi masak, bolehlah kita sediakan bahan untuk masak gulai ikan tongkol