Kengsom, masakan ala thai ini pelik namanya tapi sangat membangkit selera. Kengsom ini sebenarnya boleh dikatakan asam pedas. Ikan maupun udang bisa digunakan dalam masakan ala thai ini. Hari ini admin mahu berkongsi resepi kengsom menggunakan ikan siakap. Meskipun kebiasaannya ikan siakap akan dimasak stim, kali ini ikan siakap akan dimasak kengsom yang membangkit selera dah kecurlah air liur dalam mulut!
Bahan
– Ikan siakap
– Asam jawa
– Garam + gula + serbuk perasa
– Tomato
– Air
Bahan kisar :
7-9 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
20-30 cili kering
sambal belacan secukup rasa
kunyit debu @ kunyit hidup
cili padi secukup rasa, boleh tambah kalau nak pedas lagi
Cara membuat kengsom ikan siakap ala thai
1) Kisar dan tumis semua bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan air asam jawa 1 setengah cawan @ 2 cawan
2) Masukkan air biasa 1 cawan , kalau pekat sangat boleh tambah air sikit lagi.
3) Bila dah sebati masukkan garam gula + serbuk perasa
4) Masukkan ikan , dan biar hingga mendidih & ikan masak dan masukkan tomato
Siappp. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas.