Sapa nak buat pizza tapi malas kerana payah menguli? Semua orang, termasuk anak-anak kecil pasti suka pizza. Cara buat pizza bukanlah hal yang mudah bagi ‘beginner’ dalam bab memasak. Hari ni, admin berkongsi resepi dari Rozmaliza Omar. Beliau sudi berkongsi resepi pizza sosej cuma guna roti sebagai bahan asasnya. Meskipun sangat mudah dibuat di rumah, pizza sosej ini laku keras apabila diniagakan. Jom cuba buat sendiri pizza sosej yang super duper simple ni.
Bahan-bahan:
Lebihan roti atau kerak2 roti
1 cawan sos prego
1 sudu (t) oregano
Sosej, crab stick & nugget (potong kecil)
Cheese mozarella secukupnya
1/2 tin susu cair
Cara-cara:
Mula-mula, roti digunting dan letakkan dalam mangkuk tahan panas sebagai ‘base’ pizza
Masukkan sos prego. Sosej, crab stick & nugget atau apa-apa bahan lain yang digemari. Kemudian, gaul rata.
Tuangkan susu cair.
Taburkan serbuk oregano dan cheese mozarella.
Selepas siap topping tadi, masukkan semula ke dalam oven. Bakar selama 30 minit pada suhu 180c.
Pizza sosej siap dihidangkan panas-panas. Memang simple sangat cara buat pizza guna roti ni. Jadi, jangan tak cuba ya..