Dah lama tak buat muffin coklat chip..terbuat sebab anak-anak request untuk jamuan sempena Hari Guru di sekolahnya tempohari. Petang tadi rasa rajin sangat..so try le buat muffin coklat chip. Pertama kali aku buat muffin! akhirnya menjadi gaks.. hehe.. mak aku cakap kalau macam ni makan seketol dah kenyang sebab besar kalau nak dibandingkan apam mekar or apam polkadot.. So pada korang nak try buat muffin silakan amek resepi ni.
Muffin ini nampak agak crunchy di permukaannya tapi di dalamnya lembut gebu. Secukup rasa sahaja kemanisannya. Kalau ada tetamu di rumah, bolehlah kita menyediakan muffin coklat chip kerana membuatnya sangat mudah dan cepat. Selamat menjamu mata dan selamat mencuba!
Bahan :
*Tepung gandum 2 cawan
*Tepung jagung 2 sudu teh
*Soda bikarbonat 1 sudu teh
*Serbuk koko 1/2 cawan (saya guna 3/4 cawan)
Gula kastor 1 1/2 cawan (saya guna 1 cawan sebab tak suka manis)
Minyak 1/2 cawan
Susu cair/susu segar 2 cawan
Susu pekat manis 4 sudu besar
Esen vanila
Coklat chip (utk gaul dalam adunan dan tabur atas)
Cara :
1) Ayak bahan bertanda *
2) Campur bahan ayak tadi dengan gula, minyak, susu cair/segar, susu pekat. Gaul semua guna sudu/senduk je..
3) Bila semua dah sebati masukkan coklat chip, ikut suka nak boh byk mn pun.
4) Pastu sudukan ke dalam cup lebih kurang 3/4, tabur coklat chip
5) Bakar pada suhu 170°-180° selama 25-30 minit. Suhu ikut oven masing2. Blh kukus gak.
Muffin coklat chip siap! Super mudah, tanpa telur!