,

Resepi Apple Pie Yang Super Sedap Macam Mc Donald

Resepi Apple Pie Super Sedap Ala Mc Donald – Memang Mama tak sangkal bahawa Apple Pie Mc Donald sangat lah sedap. Susah nak cari apple pie sesedap Mc Donald tapi since tahu yang keuntungan McDonald ni akan disalurkan kepada pihak Israel maka kita 3 beranak dah tak makan dah McD … hampir 3 tahun dah rasanya. Kalau tidak…dulu asal makan McD je Mama mesti tambah oder Apple Pie ni.

Bukan apa…kita ni dah lah tak dapat menyumbang besar kepada mangsa bedilan Israel jadi sekurang-kurangnya bila kita tak makan McD ni kuranglah kot sikit keuntungan McDonald ni kan.

Tapi sejak 2 -3 menjak ni tekak Mama teringin lah sangat-sangat nak makan apple pie.
Try dah makan apple pie di Burger King tapi rasanya tak menepati citarasa Mama.

End up Mama try je masak sendiri apple pie ni.
Ada juga intai-intai resepi dalam blog orang lain , nak bagi cambah idea.
Hakim cakap apple pie Mama crispy.

Senang je nak buat apple pie ni. Jom cuba buat apple pie super sedap macam Mc Donald ni..

 

Crust
Bahan (a) :
2 + 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan mentega ~ suhu bilik
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula caster
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan (b) :
1 sudu makan cuka
1/3 cawan air ais
Cara nya :
01• semua kiraan di dalam resepi ini telah mengunakan sukatan metrik.
02• gunakan loyang pie dan alaskan dengan kertas.
03• gaulkan bahan (a) sehingga rata dan menjadi seperti serdak roti.
04• masukkan bahan (b) sedikit demi sedikit sambil di gaulkan sehingga menjadi doh.
05• kemudian doh di bagi kepada dua bahagian.
06• setelah itu di canai dan letakkan doh kedalam loyang pie.
07• bentukkan serta ratakan bahagian atasnya lalu masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan selama 1 jam.
08• sementara doh yang satu lagi di canai beralaskan plastik dan terap mengikut bulatan loyang pie yang di gunakan.
09• kemudian letakkan doh beralaskan plastik di atas dulang atau tudung periuk yang leper dan masukkan kedalam peti sejuk dan biarkan selama 1 jam.
10• satu jam berlalu keluarkan kededua pie crust dari peti sejuk dan biarkan selama 10 minit.
11• pie crust yang berada di loyang di cucukkan dengan garpu di dasar nya.
12• tuangkan apple filling dan tutupkan di atas nya dengan pie crust yang satu lagi.
13• dengan cara terbalikkan crust dan kemudian tarik secara perlahan plastik itu.
14• kemudian kelim sekeliling nya dengan kemas.
15• dengan mencantumkan crust yang berada di dalam loyang dan di atas.
16• setelah itu cucukkan atau kelar sedikit bahagian atas crust sebanyak 6 ~ 8 ruang atau ikut daya kreatifviti individu.
17• di bakar selama 30 ~ 40 minit dengan suhu 200 darjah selsius.
18• suhu kepanasan bergantung kepada ketuhar masing ~ masing.
19• nota kaki :
– selain pie crust, anda boleh gantikan dengan roti, prata instant, kulit popia, kulit wanton, kulit tortilla, pastry siap segera dan kulit epok ~ epok.
– saya sertakan adunan filling yang banyak, supaya anda dapat manfaatkannya.
– anda boleh menjana pendapatan keluarga dengan berniaga secara kecil ~ kecilan.
– masukkan filling kedalam botol dan hiaskan dengan riben supaya nampak menyerlah dan jadikan ia sebagai door gift.
– ia memang dapat bertahan jika anda ikut peraturan yang telah saya berikan.

Apple Filling
Bahan (a) :
3 kilo apple hijau granny smith kupas kulit dan buang empelur nya. Kemudian di hiris atau di dadu ikut suka.
3 sudu makan jus lemon
●gaul kededua bahan sehingga rata dan ketepikan●
Bahan (b) :
2500 ml air
125 gram tepung jagung
2 sudu teh serbuk kayu manis
1 kilo gula pasir
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk buah pala
Cara nya :
01• semua kiraan di dalam resepi ini telah mengunakan sukatan metrik.
02• campurkan kesemua bahan (b) kedalam periuk.
03• kemudian di masak sehingga mendidih dan harus sentiasa di kacau.
04• masukkan apple dan kacau sehingga rata.
05• kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih.
06• matikan api dan biarkan selama 30 minit.
07• setelah itu masukkan kedalam freezer selama 20 minit.
08• keluarkan dari freezer dan masukkan kedalam beberapa bekas plastik bertutup.
09• setelah itu simpan semula kedalam freezer.
10• apple filling dapat bertahan selama 1 tahun.
11• pastikan jangan di biarkan filling berada di suhu bilik selama satu setengah jam.
12• keluarkan filling jika anda sudah bersedia untuk mengunakan nya.

Resepi Puding Cendol Gula Melaka Yang Lemak Manis! Step By Step

Resepi Muffin Coklat Chip Super Mudah, Sukatan Cawan! Tanpa Telur, Kacau Guna Sudu Je!