Resepi mudah untuk buat lasagna roti gardenia, lasagna coklat oreo dan lasagna ayam cheese. Resepi lasagna yang sedap dan lazat ini juga mudah untuk diikuti kerana ada cara-cara langkah demi langkah.
Lasagna ni kesukaan anak bujang saya yang cerewet bab makan tu. Kalau lasagna, dia memang akan request saya buat sendiri sebab dia nak makan. Dia boleh habiskan sorang2 kerana dia sangat senang. Demi kasih kepada anak. Ate teman buat juger ler. Ini dia 3 resepi lasagna yang anak saya paling senang! Anda pun pasti akan terliur..
Resepi Lasagna Roti Gardenia
Resepi oleh Nurul Ain Abdullah
Ini dia resepi lasagna guna roti gardenia yg ditunggu-tunggu. Pakar QC bagi 5 star out of 5 yayy! Tak sia2 percubaan saya adjust-adjust resepi lasagna simple ni tadi. Lasagna masak perfect dan cheese pun gojes tak hangus! Sebab hasilnya memang marvelous, maka macam biasa saya kongsi resepi dgn Kakak2 dan Aunty2 yg mintak resepi lasana langkah demi langkah ni tadi.
Baca juga
Resepi lasagna diet atkins
Bahan bahan lasagna roti gardenia
Roti gardenia
Cheese mozarella 1 peket
Tomato puri 1 tin
daging/ayam cincang cap ramly
Sayur campur
Hot dog
Lada capsicum
Bawang putih bwg besar (potong dadu)
Garam
Sos life
Cara membuat lasagna roti gardenia langkah demi langkah
1. Tumis bawang merah dan putih
2. Masukkan sayur campur
3. Tumiskan ayam cincang dan hot dog
4. Masukkan tomato puri. Kacau rata. Letak garam. Masak sampai kering. Minyak jangan banyak sangat tau. Angkat letak dalam mangkuk.
5. Siapkan roti gardenia ni utk salut bahan yg kita masak tadi.
6. Telur kacau hancur utk salutkan roti dgn telur
7. Salut roti dgn telur. Buat lapisan macam dalam gambar.
8. Letakkan bahan-bahan yang kita masak tadi ratakan macam dalam gambar.
9. Taburkan cheese. Kalau suka byk cheese letak la banyak-banyak
10. Tambahkan sos life
11. Ulang dar step lima sampai layer yg paling atas. Saya buat 3 lapis roti gardenia : lapisan bawah, tengah dan atas.
12. Bakar pada suhu 160 masa 40 minit.
Lasagna roti gardenia yang sedap dan lazat siap disajikan. Selamat mencuba
Resepi Lasagna Coklat Oreo Tanpa Bakar
Tak pernah sekali-kali kita lihat resepi pencuci mulut tanpa bakar yang kelihatan begitu lazat. Dalam resepi lasagna coklat oreo ini, biskut Oreo kisar melapisi lapisan coklat yang sangat lazat. Satu lapisan krim keju diikuti oleh lapisan coklat puding, dilapisi dengan whipped cream, dan dihias dengan chocolate chips. Saya senang resepi pencuci mulut yang cepat dan mudah, terutama resepi yang tidak memerlukan oven.
Bahan-Bahan A:
36 ketul oreo dikisar (ambil krimnya sekali)
6 sudu besar butter dicairkan
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Masukkan peti sejuk
Bahan-Bahan B:
200 gm cream cheese
1 cawan Non-dairy whipping cream
100 gm gula kastor (boleh juga guna gula aising jika suka)
2 sudu besar susu segar
Cara-Cara:
1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan susu segar
3. Pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
4. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
5. Campurkan Non-dairy whipping cream ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati.
Bahan-Bahan C (CHOCOLATE COCONUT PUDDING):
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
1/8 tsp garam
1 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan santan pekat
185 gm dark chocolate, dicincang
1 tsp esen vanilla
1 tbsp serbuk koko
Cara-Cara membuat coklat lasagna oreo:
1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas.
2. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat (15 – 20 minit). Boleh guna hand whisk .
3. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 – 4 minit atau sehingga puding kental.
4. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
5. Sejukkan dan ketepikan.
Cara Melapis:
1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar (bahan A) ke dalam bekas yang digunakan.
2. Kemudian lapis adunan bahan-bahan B di atasnya.
3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan.
4. Lapis lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.
5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Lasagna Coklat Oreo yang lazat dan membuat terliur ini siap disajikan
Resepi Lasagna Ayam Cheese Step By Step
Saya benar-benar cinta dengan semua bentuk lasagna. Lapisan keju, lasagna dan sos ini benar-benar membuat saya terliur. Semua cheese lovers akan sangat senang dengan resepi lasagna ayam cheese ini.
Baca juga:
Resepi lasagna daging chef wan
Bahan lasagna ayam
9 Kepingan lasagna
1/2 cawan butter
1 biji bawang, kisar kasar
1 ulas bawang putih, kisar kasar
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 cawan kaldu ayam
1 cawan susu segar
4 cawan mozzarella cheese
1 cawan parutan parmesan cheese
1 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil lada hitam
2 cawan ricotta cheese
2 cawan ayam potong kotak, sudah masak
1 cawan bayam, kisar kasar
1 sudu besar daun parsley
Cara-cara membuat lasagna ayam cheese step by step
1.Masak kepingan lasagna dalam air garam mendidih selama 10 minit. Toskan lalu ketepikan.
2. Campur potongan ayam dan ricotta cheese. Ketepikan
3. Cairkan butter
4. Tambahkan bawang dan bawang putih. Masak hingga keemasan
5. Tambahkan tepung gandum dan garam. Kacau hingga berbuih
6. Masukkan kaldu ayam dan susu segar. Pukul hingga sebati.
7. Tambahkan 2 cawan mozarella, 1/2 cawan parmesan, 1suu kecil oregano dan 1/2 sudu kecil lada hitam. Kacau hingga keju cair. Matikan api.
8. Sebarkan 1/3 sos keju di bahagian bawah loyang.
9. Susun 3 kepingan lasagna
10. Tambahkan campuran ayam dan ricotta cheese
11. Susun lagi dengan 3 kepingan lasagna
12. Sebarkan 1/4 sisa sos keju dan tambahkan bayam.
13. Taburkan 1/2 cawan permesan cheese dan 2 cawan mozarella
14. Susun lagi dengan sisa 3 kepingan lasagna lalu tuangkan sisa sos keju di lapisan paling atas.
15. Hiasi dengan daun parsley dan sisa parmesan cheese
16. Bakar dalam suhu 180 celcius selama 40 minit
Lasagna ayam cheese yang sedap siap disajikan!