Resepi Cara Membuat Spaghetti Bolognese Guna Sos Prego Paling Mudah dan Sedap Step By Step Bergambar
Spaghetti bolognese adalah makanan Itali yang paling disukai oleh anak-anak. Kerana saya tidak begitu suka spaghetti, saya memang malas betul untuk membuat sosnya. Apabila anak minta dibuatkan spaghetti, saya buatkan dengan sos prego. Tentu ramai yang biasa melihat iklan prego dengan resepi spaghetti bolognese sos prego yang lazat ini. Ia memang mudah dan cepat disediakan. Resepi spaghetti sos prego kali ni tak kurang juga hebatnya. Bagi penggemar spaghetti bolognese, wajib cuba resepi yang membuatkan kerja memasak semakin mudah. Spaghetti bolognese prego memang sedap! Anak-anak sangat suka dan bertambah-tambah mereka makan.
Resepi Spaghetti Bolognese Sos Prego
Bahan-bahan (hidangan untuk 6 orang)
1 paket spaghetti
1 packet daging cincang ramly
1 tin Prego sos spaghetti tradisi
1 tin cendawan butang
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji lada bulat hijau
1/2 biji lada bulat merah
1 paket daging hancur
5 sudu makan olive oil
1 1/2 tin air
garam secukupnya
Cara Membuat Spaghetti Bolognese Prego Step by Step
1. Panaskan olive oil dan tumiskan bawang holland hingga layu.
2. Masukkan daging cincang dan masak sehingga kering airnya dan keluar minyak
3. Masukkan sos prego dan gaul rata kemudian masukkan air hingga mendidih. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu bersama cendawan pas tu letakkan sikit garam secukup rasa.
4. Kacau sehingga kuah menjadi sedikit kering dan terbit minyak.
5. Tutup api dan tuang sos bolognese prego atas spaghetti yang telah direbus
6. Taburkan sikit parutan keju parmesan sesuai selera di atasnya
Cuba juga resepi masakan italy macaroni cheese yang sedap ini.