Makanan barat merupakan istilah am yang merujuk kepada makanan Eropah dan dunia barat yang lain seperti Amerika Utara dan Amerika Latin. Istilah makanan barat digunakan oleh masyarakat melayu untuk membezakan gaya memasak asia, seperti masyarakat barat memanggil makanan asia timur sebagai makanan asia. Makanan barat kadang kala dirujuk sebagai makanan kontinental, atau kadang kala dirujuk lebih terperinci mengikuti negara tempat makanan itu berasal, seperti makanan perancis, atau makanan italia.
Makanan barat mempunyai perbezaan yang tersendiri berbanding dengan makanan asia. Hal ini dapat dilihat dari ciri-ciri daging, penggunaan sos sebagai bahan perasa, serta roti dan pasta yang menjadi sumber kanji utama dalam makanan. Kali ini, foodaddict.me akan berkongsi resepi makanan khas barat ala chef wan, antara lain lasagna daging, potato wedges dengan peanut butter sauce, Steak daging black pepper ala Chef Wan, spaghetti aglio olio, dan makaroni bakar.
1. Resepi Makanan Barat Lasagna Daging Ala Chef Wan
Bahannya:
6 keping lasagna segera(instant lasagna)
Bahan inti:
400 g daging kisar ( Uj guna daging burger ramli)
200 g keju mozarela
2 bj tomato dipotong dadu
1/2 btg lobak merah
1 ulas bwg putih dicincang
1/2 bj bwg besar didadu
1/2 cwn pes tomato ( uj guna sos spegeti traditional prego)
1/2 cwn sos cili
sedikit air
sedikit serbuk oregano
garam dan gula
sedikit myk utk menumis
Bahan sos keju:
20 g mentega
2 sdu bsr tepung gandum
240 g susu segar kotak
50 g keju mozarela @ cheddar( Uj guna kej kraft singles 2 keping)
Sedikit garam dan serbuk kada sulah.
Cara membuat:
Inti:
1. Panaskan myk tumis bwg bsr dan bwg putih sehingga naik bau.Addkan lobak merah dan kacau sehingga lembut.Kemudian addkan air,daging kisar,pes tomato dan sos cili. Masak sehingga empuk.
2. Tambahkan tomato,garam dan gula serta serbuk oregano.Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit sehingga airnye kering.vAngkat dan sejukan.
Untuk sos keju:
1. Panaskan mentega hingga cair.Addkan tepung gandum dan kacau rata.
2. Perlahankan api dan tuang susu.kacau dan masukan keju. Kacau sebati
3. Akhir sekali masukan garam dan lada sulah ketepikan.
Cara menyusun lasagna:
1. Sediakan bekas tahan panas sapukan myk disekeliling bekas.
2. Susun lasagna letakan inti dan tuangkan sos keju diatasnya.taburkan keju mozarela.
3. Susun lagi lasagna buat proses yang sama sehingga 3 lapisan.Diatas sekali tabur keju mozarella.
4. Panaskan oven selama 15 min pada suhu 180 degree.Bakar lasagna dgn api atas bwh selama 1 jam.Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.
2. Resepi Potato Wedges dengan Sos Peanut Butter Ala Chef Wan
Bahan Sos Peanut Butter:
100 gm mayonis
1 sudu makan peanut butter (mentega kacang)
1 1/2 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh gula
3/4 sudu makan perahan jus lemon
3 sudu makan sos cili (*saya tambah) – akak pun letak jugak.
Cara-Cara Membuat Sos Peanut Butter:-
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
Mudah dan senang, sedia untuk dihidang dengan potato wedges.
Bahan Potato Wedges:-
500 gm kentang – dibuang kulit
1 cawan tepung serbaguna – akak guna cap Adabi
1 sudu teh serbuk lada sulah
air secukupnya
minyak masak
garam secukup rasa
Cara Membuat Potato Wedges:-
Potong kentang bentuk baji dan rebuskan bersama air dan sedikit garam. Masak separuh lembut dan toskan.
Masukkan tepung serbaguna dan serbuk lada sulah ke dalam mangkuk.
Campurkan air sedikit-sedikit dan kacau sehingga sebati. (jangan terlalu pekat ataupun cair).
Masukkan kentang tadi dan salutkan rata.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan hidangkan bersama sos peanut butter.
3. Resepi Makanan Barat Steak Daging Black Pepper
Bahan steaknya; (boleh buat awal)
5 keping daging steak Strip Loin Beef
2 sudu besar rempah steak- kalau tak ada boleh tumbuk lada hitam sahaja Sedikit garam.
Cara-caranya;
Perapkan daging steak dengan rempah dan garam.
Masukkan dalam beg plastik dan perap dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
Gunakan Pan Vantage, 5 keping tu ambil masa dalam 15 minit
Masukkan balik dalam pan, tutup api dan tutup pan supaya daging kita panas tapi moist masa nak menghidang nanti.
Kentang Putar
5 biji kentang- dicuci dan dikupas kulitnya
2 sudu mentega
Sedikit susu segar
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
Cara-caranya;
Rebus ubi kentang hingga betul-betul lembut bersama sedikit garam.
Bila dah masak lembut, toskan airnya.
Masa panas-panas tu, masukkan mentega, lada sulah dan susu.
Lenyek menggunakan masher untuk buat cucur pisang tu..hehehe Sambil2 lenyek masukkan susu segar sedikit demi sedikit hingga kita dapat consistency yang kita suka. Kalau nak dapat macam kat KFC tu, kena lebihlan sikit susunya.
Siap dihidangkan.
Coleslaw
Kubis segar
Carrot
Bawang besar
4-5 sudu mayonis
2 biji Cili padi-hehehe mat salleh tak letak ni, kita buat ikut tekak kita sikit
Asam limau nipis
Garam
Cara-caranya;
Satukan mayonis dengan cilipadi, garam dan perah asam limau nipis. Kacau sebati.Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Dekat-dekat nak makan nanti gaulkan dengan sayur-sayur tadi, baru coleslaw kita fresh.
Sagat semua sayur termasuk bawang.(masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais kalau tak dimakan terus)
Kalau untuk dimakan terus, bolehlah digaul masa tu jugak.
French Fries
goreng je yang dibeli kat kedai tu
Sos black pepper;
1 botol kecik (rasanya dalam 250g) sos black pepper
1 1/2 botol air- guna botol yang sama (botol sos tadi)
2-3 susu tepung jagung.-bancuh dengan sedikit air
cara-caranya;
Masukkan semua sos dan 1 1/2 botol air ke dalam periuk.
Kacau hingga jadi panas.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga menggelegak. Tengok kepekatannya buat lebih pekat untuk nampak lebih cantik dan melekat pada dagingnya.
Siap dihidangkan.
4. Resepi Spaghetti Aglio Olio Khas Italia Ala Chef Wan
Bahan-bahan (5-6 orang)
500 g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
Cara-cara
Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
Spaghetti Aglio Olio Khas Italia Ala Chef Wan siap untuk dihidangkan untuk 5 – 6 orang
5. Resepi Makanan Barat Makaroni Bakar Ala Chef Wan
Makaroni Bakar
Bahan A
1/2 paket makaroni (rebus hingga lembut)
1 sudu makan minyak jagung (sapu pada bekas untuk bakar)
5 biji telur
1 cawan susu segar
125 gram keju cheddar parut
50 gm daun parsli cincang untuk tabur
Bahan B (Sos Putih)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu segar
Bahan C (Inti)
300 gram daging kisar halus
10 biji cendawan butang (potong dadu)
3 biji tomato (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 biji capsicum kuning (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara Membuat Inti
Panaskan minyak jagung. kemudian tumis 1. bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daging kisar, dan bahan yang dipotong dadu, garam dan serbuk lada sulah. Kacau Rata.
3. Dah siap, ketepikan.
Cara Membuat Sos Putih
1. Panaskan minyak jagung dalam kuali lain dan masukkan tepung gandum. Kacau Rata.
2. Masukkan susu segar, kacau sehingga sebati.
3. Dah Siap, ketepikan
Cara Membuat Makaroni Bakar
1. Sapukan minyak jagung dalam mangkuk tahan panas. Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
2. Tuangkan sos putih ke atas makaroni tadi.
3. Dalam bekas berlainan, kacau rata telur dan susu segar. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi
makaroni tadi.
4. Taburkan keju cheddar dan daun parsli cincang.
5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 180 darjah celsius selama 30 minit.
6. Makaroni Bakar Ala Chef Wan siap untuk dihidangkan.