,

Resepi Putri Ayu Tanpa Santan, Lebih Tahan Lama dan Lembut!

Resepi Kuih Putri Ayu Tanpa Santan Dengan Sukatan Cawan, kuih tradisi melayu yang sedap. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi juga minum petang. Dah lama saya cari resepi mudah untuk buat apam puteri Ayu ni.Apam kukus Putri Ayu ni antara favourite kuih tradisional saya selain kuih lapis, lepat ubi, kuih bakar dan banyak lagi sebenarnya!
Jom cuba resepi putri ayu yang paling sedap ni. Kuih ni lebih tahan lama dan lembut krn guna susu cair tanpa santan!

Bahan-Bahan
3 biji telor gred B
1 sudu makan ovelet
1 cawan gula pasir blender pakai blen kering tu ya.. Nak kasi telur bila pukul cepat naik gebu.
1 cawan susu cair
1 sudu teh essen pandan
1 sudu makan pewarna hijau
2 cawan setengah tepung gandum cap sauh + 2 sudu teh baking powder.

Cara-cara
1. Masukkan gula yg dah blend kering+telur+ovelet pukul sampai putih.
2. Lepastu, Masukkan susu cair mixer sekejap, masukkan pewarna dan essen pandan, mixer, masukkan tepung td mixer lagi sekejap je.
3. Acuan sapu dengan minyak. Kelapa parut putih saje ye. 4. Gaul dgn garam secubit, tekan dlm acuan. Masukkan dlm pengukus 4 atau 5menit. Jangan lama2 nanti kuih basah tak sedap.. Agak2 dah masak angkat. Saya buka api besar.

Kuih Putri Ayu Tanpa Santan sudah siap!
Selamat mencuba
Semoga bermanfaat

Resepi Muffin Coklat Chip Super Mudah, Sukatan Cawan! Tanpa Telur, Kacau Guna Sudu Je!

“Kulit Saya Selembut Kulit Bayi.” Wanita Ini Sanggup Suntik Bakteria Purba Berusia 3.5 Juta Tahun Dalam Darah Kerana Mahu Kekal Muda Dan Hidup Lagi 90 Tahun..