Ini resepi kuih koci pulut hitam sedap yang viral.
Kuih koci ini banyak jenis. Ada kuih koci putih biasa, kuih koci pulut hitam, kuih koci keledek, kuih koci labu, kuih koci kacang merah, kuih koci kacang hijau. Suami saya cukup suka dengan kuih koci pulut hitam ni, asalkan tak berapa liat. Maklumlah adunan guna tepung pulut hitam ni memang liat sikit tapi kita kenalah campur sedikit tepung gandum supaya ianya tak liat sangat.
Kuih koci pulut hitam ini sangat sedap dimakan bersama minuman panas pada waktu pagi hari. Tidak hanya di Malaysia, kuih koci juga sangat popular di Indonesia, Singapura dan Brunei. Kuih ini awalnya sering dijual di pemakaman. Warna hitam melambangkan kematian, sementara pengisian manis mewakili kebangkitan. Saat ini, kuih koci pulut hitam selalu disajikan di majlis kenduri atau yassinan.
Resepi kuih koci pulut hitam yang sedap ini tidak sukar untuk disediakan. Untuk bentuknya, Anda boleh menggunakan bentuk dalam ilustrasi ini atau carian internet akan menunjukkan kepada Anda banyak bentuk kuih koci lain yang tersedia.
Jomlah cuba kita buat kuih koci pulut hitam yang sedap dengan resepi yang mudah ini.
Bahan-Bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak
1 cawan air (jangan curah semuanya nanti lembek sangat. Masukkan sikit-sikit shingga doh tak lekat tangan. Baki air tu dalam 3 sudu besar)
sedikit garam
Cara-Cara
Aduk sebati tepung pulut, beras pulut hitam serta garam
Curah air sedikit demi sedikit.
Gaul sehingga doh tidak melekat di tangan. Doh tidak keras dan tidak lembek sangat macam nak buat onde-onde
Tutup sekejap dengan kain elakkan keras
Bahan-bahan inti kelapa manis untuk kuih koci
1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering (guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
daun pandan disimpul
Cara-Cara
Masak gula melaka, gula pasir, dan daun pandan dengan sedikit air. Masak sehingga gula melaka hancur kemudian tapis.
Masukkan kelapa parut tadi. Masak sekejap atas dapur hingga kering
Masukkan bancuhan tepung gandum tadi. Masak sehingga lembap kemudian sejukkan
Bulat-bulatkan inti tersebut
Bahan-bahan kuah santan pekat untuk kuih koci pulut hitam
2 sudu besar tepung beras
2 cawan santan pekat
sedikit garam
Cara-cara
Campurkan tepung beras dalam santan pekat.
Kacau sebati dan masukkan garam.
Masak adunan sehingga pekat lalu ketepikan
Cara-Cara membuat kuih koci dengan inti kelapa manis dan kuah santan pekat
Masakkan air rebusan dalam satu periuk untuk masak kuih kuci ni.
Ambil sedikit doh kuih koci sebesar onde-onde tadi.
Bulatkan kemudian leperkan diatas tangan.
Masukkan inti kelapa kemudian tutup dan bulatkan balik. Buat sampai habis doh
Jika air rebusan sudah mendidik, masukkan doh ke dalam air rebusan sehingga kuih koci terapung dan angkat.
Masukkan pula kuih koci ini dalam kuah santan pekat
Untuk membalut kuih koci, Daun pisang dilayur atas api. saiz dia 5inci X 5 inci sebaik2nya daun muda la senang nak lipat daun pisang. hendaklah disapu minyak terlebih dahulu.
Guna sudu ambil doh kuih koci lalu letakkan atas daun pisang. Bungkus macam bantal atau nasi lemak pun boleh.
Kukus selama 20 minit tuk bagi aroma daun pisang hingga kuih masak.
Kuih koci pulut hitam dengan inti kelapa yang lembap-lembap siap disajikan dan nampak sangat sedap.