Sotong goreng tepung telur masin adalah menu restauran kegemaran keluarga saya. Selain sedap, resepinya pun mudah dan simple sahaja. Setiap saya memasak sotong telur masin, tidak ada di antara mereka yang akan menolak. Saya ingin berkongsi resepi yang ringkas step by step untuk memasak sotong goreng tepung telur masin yang paling sedap. Jomlah kita lihat resepi ini.
Bahan
500 gram sotong, bersihkan
1 cawan tepung jagung
50 gram kuning telur masin
3 sudu makan mentega
7 tangkai cili hijau, dicincang
1/2 sudu besar serbuk stok ayam
1 sudu besar gula
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara masak sotong goreng tepung telur masin
1. Ambil sotong dan potong bulat lalu beri garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
2. Golek sotong ke dalam tepung jagung
3. Goreng sotong dengan minyak sedang, sebentar sahaja agar tekstur sotong tidak terlalu keras. Ketepikan
4. Hancurkan kuning telur masin dengan sudu
5. Cairkan mentega dengan api kecil
6. Masukkan kuning telur masin sambil terus dikacau hingga berbuih
7. Masukkan daun kari, cili hijau, serbuk stok ayam, dan gula
8. Kecilkan api lalu masukkan sotong goreng ke dalam adunan kuning telur hingga sebati lalu matikan api.
9. Taburkan garam dan serbuk lada hitam
Sotong goreng tepung telur masin yang sedap siap dihidangkan