,

Resepi Ayam Masak Bali Mudah dan Sedap

resepi ayam masak bali mudah sedap lazat

Resepi Cara Masak Ayam Bali Mudah dan Sedap

Akhir tahun kemarin, saya bercuti ke Indonesia. Saya melancong ke Yogyakarta dan Bali. Selain melawat kuil dan pantai, saya juga merasai beberapa masakan tradisional yang sangat lazat. Di jogja, saya sangat puas semasa sarapan dengan gado-gado jawa. Masa bercuti di Bali, saya menjumpai banyak pantai yang indah. Di sana, saya makan tengahari dengan ayam bumbu bali. Ternyata bali tidak hanya mempunyai pantai yang indah, tetapi juga mempunyai masakan ayam yang sangat sedap. Beberapa hari ini, saya melihat teman yang membuat status di wall FB. Dia sedang mencari resepi ayam masak bumbu bali. Ternyata, banyak komen dari rakan-rakan lain yang ingin merasai ayam bali. Saya akan berkongsi resepi ayam masak bali yang sangat mudah. Resepi ini sangat sesuai untuk wanita bekerja yang senang memasak. Jomlah cuba masak resepi ayam bali untuk lauk tengahari.
resepi ayam masak bali mudah sedap lazat

Bahan:

1 kg ayam, potong ikut suka, cuci bersih, dan toskan
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu kecil gula
4 pelepah daun kari
6 batang serai, diketuk
1/4 sudu kecil lada serbuk
1/3 cawan cili kisar
minyak untuk menumis secukupnya
air secukupnya

Bahan-bahan kisar halus
bahan resepi ayam masak bali mudah lazat sedap

bahan resepi ayam masak bali mudah sedap
1/2 sudu kcil belacan
1 buah tomat merah
3 buah cili merah
10 buah cili padi merah
2 ulas bawang putih
5 biji bawang besar

Cara Membuat Ayam Bumbu Bali:
resepi cara masak ayam bumbu bali lauk tengah hari mudah sedap

cara cara masak ayam bali mudah lazat sedap

cara masak ayam bali mudah sedap
Rebus ayam dalam air yang mendidih hingga matang dan empuk, angkat dan toskan
Tumis serai dan daun kari. masak sekejap hingga harum
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan cili kisar. kacau rata dan masak hingga naik minyak
Tuang air secukupnya lalu diamkan hingga mendidih
Masukkan ayam yang sudah direbus lalu tunggu hingga kuah menyusut.
Masukkan gula, garam dan lada serbuk sambil dikacau hingga matang dan bumbu meresap
Matikan api lalu angkat ayam dan siap untuk dihidangkan

Nah, itulah resepi memasak ayam bali yang sedap. Selamat mencuba dirumah bersama keluarga anda.

resepi ayam goreng kunyit mudah sedap ringkas lazat

Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap dan Mudah, 30 Minit Je!

resepi popia basah mudah paling sedap cina vietnam

Resepi Popia Basah Mudah dan Paling Sedap, 30 Minit Je!