Koleksi Resepi Masakan Tradisional Melayu Paling Sedap – Kini, masakan tradisional melayu semakin banyak peminatnya. Tidak hanya orang yang tinggal di malaysia dan sekitarnya seperti singapura, brunei, dan indonesia. Namun, banyak orang dari luar asia tenggara yang juga berminat untuk belajar resepi masakan tradisional melayu.
Masakan tradisional melayu memang sudah banyak diperjualbelikan di warung dan kedai. Biasanya, anda boleh mencari masakan-masakan asli melayu dengan mudah semasa menyambut hari perayaan. Ada berbagai macam masakan tradisional melayu yang sering disajikan semasa hari perayaan. Makanan utama kaum melayu terdiri dari ketupat, lemang, sate dan nasi impit. Makanan utama tersebut biasanya dimakan bersama lauk pauk tradisional seperti rendang, kari, atau serunding yang bahan utamanya berasal dari daging lembu, daging kambing, atau daging ayam. Lauk pauk tradisional melayu sangat terkenal dengan cita rasa yang didominasi oleh rempah ratus. Selain makanan utama dan lauk pauk, kaum melayu juga mempunyai pelbagai resepi kuih muih tradisional yang sedap seperti kuih bahulu, kuih apam, kuih lapis batik, dan roti jala.
Tabooprincess.com akan berkongsi 5 resepi masakan tradisional melayu yang paling terkenal iaitu resepi lemang, resepi serunding daging, kuih apam, kuih bahulu, dan roti jala.
1. Resepi Makanan Utama Melayu Lemang Periuk Kera
Lemang periuk kera merupakan makanan utama kaum melayu yang sangat unik dan jarang didapati di kebanyakan kedai di malaysia. Masakan yang sedap ini sukar didapati mungkin karena bahan utamanya iaitu kelongsong periuk kera ini tumbuh melata di kawasan yang lembab dan kat tepi hutan.
BAHAN-BAHAN
20 bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak,sila sediakan banyak-banyak).Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera)
300g beras pulut. Basuh dan toskan.
1 liter santan
Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
Gula kalau suka rasa manis pada pulut.
CARA MEMBUATNYA
Cara:
1. Masukkan pulut kedalam kelongsong periuk kera hingga hampir penuh permukaan kelongsong susunkan dalam pengukus – perlu susun agak rapat sebab bentuk periuk kera yang agak bulat lonjong tak boleh tegak so rapat2kan dalam pengukus.
2. Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan gaul rata, kalau nak mudah isikan santan dalam jug bermuncung untuk curahkan ke dalam kelongsong yang dah ada pulut hingga penuh.
3. Kukuskan lemang periuk kera ini selama 30 minit – tengok kalau belum masak lamakan sikit sebab pulut dengan santan cepat masak.
Padamkan api sejukkan dan hidangkan bersama rendang atau serunding daging, ayam, ikan atau serunding kelapa. sedap agak unik..cubalah.
2. Resepi Serunding Daging Basah
Biasanya, orang masak serunding mesti kering-kering. Pernah dengar serunding daging basah? Jika Anda belum pernah mencoba serunding daging basah, Anda wajib mencoba makan dengan nasi impit atau lempang. Dijamin sedap! Sebenarnya, resep lauk tradisional ini sangat mudah dibuat namun ambil masa yang lama nak menyediakannya. Jomlah tinjau-tinjau resepi tradisional serunding daging basah ini.
Bahan (1 mangkuk seperti gambar):-
1/2 paket serunding daging kering (yang kita duk beli tu lerr..)
2 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah #
2 ulas bawang putih #
1 cm halia #
1 batang serai (di ambil bahagian putih) #
1/2 cm lengkuas # (# – dikisar basah)
2 sudu kecil biji ketumbar *
1/2 sudu kecil jintan putih*
1 sudu kecil jintan manis *
1 sudu kecil lada hitam* (* – disangai dan kisar kering)
2 sudu besar rempah kari daging – dibancuh dgn sedikit air
3/4 cawan santan
gula melaka/gula kabung secukup rasa
1 keping kecil asam gelugur – x letak pn xpa
garam secukup rasa
3 sb. minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar basah dan cili kering kisar dengan api sederhana. Kacau sebentar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan bahan kisar kering. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, garam dan gula melaka dan masak dengan api perlahan hingga agak pekat. Seimbangkan rasa.
Masukkan serunding daging dan kacau balik hingga bahan bersalut dengan daging dan kuah sedang2 elok pekat sahaja.
Tutup api dan bolehlah dimakan dengan pulut putih or kuning
3. Resepi Kuih Muih Tradisional APAM TAPAI
Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )
1 mangkuk nasi
1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la
2 mangkuk tpg beras
1 mangkuk gula
2 mangkuk air
2 sudu teh eno
Cara-cara:
Tumbuk ragi hgga hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
Peram bahan ini selama 5-6 jam
Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit
4. Resepi Bahulu Cermai Tradisional Melayu
BAHAN2NYA (SUKATAN GRAM)
– 3 biji telur
– 150 GM Gula kastor
– 1 SUDU KECIL Esen Vanila
– ½ SUDU KECIL Ovalette
– 160 GM tepung gandum, diayak
– ¼ SUDU KECIL baking powder, diayak
– sedikit minyak tuk sapu pada acuan bahulu
Cara membuatnya:
Telur, esen vanilla, ovalette, dan gula di pukul hingga kembang keputihan selama lima sampai 6 minit.
Pastikan adunan betul-betul pekat dan berkrim. Bika kita angkat, adunan slow motion jatuh.
Sediakan acuan bahulu dan sapu minyak masak pada acuan dan panaskan seketika.
Sementara panaskan acuan, masukkan tepung gandum dan baking powder ke dalam adunan dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan hampir penuh ke dalam acuan bahulu dan bakar pada suhu 180 Celcius selama 15-18 minit
Selamat mencuba
5. Resepi Roti Jala Tradisional dengan Kari Ayam
Roti jala dengan kari ayam merupakan juadah istimewa di hari raya aidilfitri. Roti jala tradisional yang lembut dan dicicah pula dengan kuah kari ayam semestinya membuka selera pada hari raya nanti. Jomlah tinjau resepi roti jala dengan kari ayam istimewa ini.
Bahan Roti Jala
2 cawan tpg gandum
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam
1 biji telor
2 sudu besar minyak masak
Bahan Kari Ayam
2 biji bawang besar saiz sederhana *
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
3 sudu serbuk kari ayam (babas)*
1 @ 2 sudu lada kisar*
1 mangkuk santan pekat
air secukupnya
sedikit gula dan garam
sedikit air asam jawa
isi ayam dipotong dadu
kacang panjang dipotong lbh kurang 1 inci panjang
lobak dipotong lebih kurang 1 inci panjang
kentang dipotong 1 inci panjang
Cara Penyediaan Resepi Roti Jala Istimewa
Pertama , masukkan semua bahan ke dalam blender . Selepas itu blend sehingga menjadi sebati.
Kedua , asingkan dan tambahkan pewarna yang anda mahu jika anda inginkan roti jala yang perbagai warna. Panaskan non stick pan , bila panas sapu permukaan pan dengan tisu yang dicelup dalam minyak . Masukkan adunan roti jalan ke dalam acuan .
Ketiga , pada api sederhana, tuang acuan ke atas permukaan . Golek ke kiri kanan / kirai acuan . Biarkan 1 minit , selepas itu angkat dan gulung roti jala yang telah siap.
Cara Penyediaan Kari Ayam
Pertama , bahan yang bertanda * dikisar bersama serbuk kari dan lada kisar. Selepas siap , panaskan periuk dengan api sederhana kecil , masukkan 3 sudu minyak . Biarkan seketika dan selepas itu , tumis bahan kisar sehingga pecah minyak untuk dapatkan hasil yang cantik.
Kedua , masukkan sedikit air dalam anggaran 1 cawan air dan masukkan potongan ayam . Biarkan ia mereneh seketika dan bila ayam masak , barulah dimasukkan santan pekat. Biarkan ianya mendidih .
Ketiga , bila kuah sudah mendidih , masukkan pula sayur-sayuran , gula dan garam, sedikit air asam jawa dan biarkan aia masak seketika. Siap.
Selamat mencuba