Resepi tauhu begedil johor yang sedap step by step
Kalau Anda penggemar soto, Anda mesti makan bersama begedil. Makanan asli melayu yang sering disebut dengan fritters oleh orang Barat atau perkedel di Indonesia kali ini saya buat dengan tauhu sebagai bahan utamanya. Biasanya, begedil dibuat dari ubi kentang. Tauhu begedil ini merupakan makanan ringan khas johor. Bagi Anda yang sedang diet, tauhu begedil ini lebih sihat dibanding dengan begedil kentang kerana mengandung lebih banyak protein. Jomlah kita cuba masak tauhu begedil yang sedap dan menyelerakan ini. Resepi tauhu begedil step by step ini hanya 3 langkah je!
Bahan
600 gram tauhu telur
2 biji telur
2 sudu besar daun sup, dicincang halus
1 sudu kecil bawang putih, dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam serbuk
2 sudu kecil garam
minyak masak secukupnya
Langkah-langkah
1. Lenyek tauhu telur sehingga lumat lalu tambahkan semua bahan kecuali minyak masak. Kacau hingga sebati
2. Bahagikan adunan ke dalam 20 bahagian dan bentukkan bulat kemudian dileperkan sedikit.
3. Sediakan minyak yang cukup di dalam periuk untuk deep frying. Apabila minyak yang mencapai kira-kira 170 Celcius, goreng adunan tauhu begedil sehingga perang keemasan.
Hidangkan tauhu begedil bersama sos kegemaran. Anda juga bisa menghidangkan tauhu begedil sedap ini bersama nasi soto.