,

Resepi Popia Basah Mudah dan Paling Sedap, 30 Minit Je!

resepi popia basah mudah paling sedap cina vietnam

Resepi Mudah Cara Masak Popia Basah Cina Paling Sedap

Popia merupakan sejenis kuih muih yang sedap dan mudah dibuat. Kuih ini berasal dari Fujian, Cina. Selain di Malaysia dan Cina, kuih ini juga mudah didapati di Taiwan, Myanmar, Vietnam, Medan dan Singapore. Beberapa kawasan mempunya istilah lain bagi popia iaitu piakau, baobing, runbing, dan bopijuan. Ada banyak jenis popia, bergoreng dan tidak bergoreng. Popia basah merupakan jenis popia tidak bergoreng. Sesiapa yang teringin nak makan popia basah paling sedap, bolehlah cuba resepi popia basah yang mudah ini ya.
resepi popia basah mudah paling sedap cina vietnam
Bahan-bahan:
3/4 cawan minyak masak
20 kulit popia
Daun salad segar, basuh dan toskan kering

Inti Popia Basah:
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 sudu besar udang kering
4 tauhu, dipotong dadu kepada kepingan kecil
1/2 biji kobis, diricih halus
3 biji sederhana carrot, disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
Bawang goreng secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil garam atau citarasa
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu teh gula
1 cawan air

Sos Popia Basah:
1/2 cawan sos manis (tee Cheo) atau sos Hoisin
1/4 cawan sos cili (Sriracha atau Lingham Hot Sauce)

Cara-Cara Masak Popia Basah:
1. Panaskan kuali anda dengan 1/4 cawan minyak, goreng tauhu sehingga warna perang. Angkat dan toskan pada tuala kertas.

2. Dalam periuk dalam, masukkan minyak yang tinggal dan panaskan. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi, masukkan udang dan bawang besar lalu kacau sehingga masak.

3. Masukkan sos tiram, gula dan garam.

4. Kemudian masukkan kobis dan carot, kecilkan api dan masak hingga layu

5. Letakkan sekeping kulit popiah di atas permukaan yang rata.

6. Sebarkan sos manis dan sos cili di atasnya.

7. Letakkan daun salad di atas sos.

8. Letakkan 3 sudu besar inti di atas daun salad. Taburkan bawang goreng

9. Lipat kulit popiah dan gulung.

10. Popia basah siap dihidangkan

resepi ayam masak bali mudah sedap lazat

Resepi Ayam Masak Bali Mudah dan Sedap

resepi apam gula hangus kukus mudah sedap sukatan cawan

Resepi Apam Gula Hangus Kukus Paling Mudah