Resepi Lauk Pauk Ikan Yang Paling Mudah dan Sedap Untuk Makan Tengahari
Jika Anda ketandusan idea untuk memasak lauk pauk untuk tengah hari buat keluarga, jomlah simak 3 resepi masakan ikan yang paling sedap ni. Saya menjamu Anda dengan pelbagai resepi lauk ikan yang lazat dan menyelerakan. Masakan ikan ini sangat semerbak sedap. Jomlah cuba masak lauk untuk tengahari di rumah sendiri.
I. Ikan Siakap Kukus Limau Ala Thai
Bahan-bahan:
ikan siakap besar – 1 ekor
sos tiram – 3 sudu besar
sos cili – 2 sudu besar
sos tomato – 2 susu besar
gula – 1 sudu kecil
halia (dimayang) – 4 cm
bawang putih (dimayang) – 3 ulas
bawang besar (dimayang) – 3 ulas
daun sup(saderi) – 3 tangkai
limau nipis – 0,5 biji
garam secukup rasa
Cara memasak ikan siakap kukus limau thailand:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10 minit.
5. Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
Ikan siakap kukus limau ala thailand siap disajikan sebagai lauk untuk tengahari
________________________________________
II. Ikan Goreng Berlada Ala Minang Untuk Makan Tengahari
Bahan-bahan:
ikan sembilang – 3 ekor
cili merah (dikisar) – 10 biji
serai (dititik) – 2 batang
bawang besar (dimayang kasar) – 1 ulas
bawang putih (ditumbuk) – 2 ulas
halia (ditumbuk) – 1 inci
kunyit (ditumbuk) – 1 inci
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak ikan goreng berlada yang paling mudah:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum ikan goreng berlada dihidangkan untuk makan tengahari.
III. Ikan Kerapu Masak Masam Manis
Bahan-bahan A:
ikan kerapu – 1 ekor
tepung jagung – 120 gram
telur ayam – 1 biji
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
bawang merah (dikisar) – 5 ulas
bawang putih (dikisar) – 5 ulas
halia – 3 cm
serai (dititik) – 1 batang
daun pandan – 1 helai
cili sos – 3 sudu besar
cili giling – 1 sudu besar
Sedikit kunyit hidup
tomato sos – 3 sudu besar
air – 3 cawan
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara memasak Ikan Kerapu Masam Manis untuk Makan Tengahari:
1. Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
Ikan kerapu masak masam manis siap disajikan panas-panas untuk makan tengahari