Resepi Roti Jala Lembut dan Mudah Ala Chef Wan Sukatan Cawan
Jika Anda ingin mengurangkan pengambilan nasi, Anda boleh menggantikan dengan roti jala. Jika dulunya Anda memasak lauk pauk dengan nasi, Anda boleh menggantikan dengan roti jala sebagai alternatif. Masakan kuih muih ini sangat popular semasa bulan ramadhan. Roti jala yang kekal lembut ni sangat sedap jika dimakan dengan kari ayam atau kari daging. Anda juga boleh menyajikan roti jala dengan sambal belacan ala chef wan. Jomlah cuba masak sendiri roti jala di rumah mengikuti resepi masakan ala chef wan yang saya simak dari asian food channel ni.
Bahan roti jala sukatan cawan:
2 cawan tepung serbaguna
1,5 cawan susu rendah lemak
0,5 cawan air
1 biji telur
0,5 sudu kecil Garam
3/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar minyak masak (untuk di gris pada kuali)
Cara-cara membuat roti jala paling mudah
1. Ayak tepung lalu ketepikan
2. Campurkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati
3. Tambahkan 0,5 sudu besar minyak masak lalu ketepikan
4. Cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus, adunan sudah boleh dijala. Kalau masih pekat, tambahkan air lagi sehingga keluarnya tak putus-putus dan boleh dijala.
5. Panaskan kuali non stick atas dapur guna api sederhana hingga betul-betul panas
6. Bila dah panas, sapukan minyak masak pada kuali non stick menggunakan daun pandan
7. Masukkan adunan yang sudah boleh dijala dalam acuan roti jala.
8. Lepas acuan diatas kuali biarkan dalam beberapa saat. Jika dah masak tak payah dibalik terus aje diangkat dan digulung.
9. Ulang proses yang sama hingga adunan habis
Sajikan roti jala ini semasa panas-panas bersama kuah kari.