,

Resepi Ayam Goreng Berempah Simple, Rangup, dan Sedap!

resepi ayam goreng berempah simple rangup
Jika anda suka masakan yang aroma, anda wajib cuba ayam goreng berempah. Saya sering merasai masakan ayam ini apabila saya datang di pesta pernikahan. Tadi pagi, saya menyiapkan ayam goreng berempah untuk sarapan dengan nasi lemak. Sedap sangat! Sebelum air liurmu tidak boleh berhenti menitis, mari cuba buat ayam goreng berempah mengikuti resepi masakan mudah ini.

Bahan
resepi bahan ayam goreng berempah simple rangup
Daging ayam, potong medium size
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
0,5 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbu kari
1 sudu besar tepung jagung
1,5 sudu kecil garam

Bahan kisar kasar
4 ulas bawang putih
6 bawang merah
0,5 inchi lengkuas
0,5 inchi halia
4 serai
3 sudu besar air

Cara-cara masak ayam goreng berempah

Masukkan semua bahan kisar ke dalam mangkuk. Kisar menjadi pes. Ketepikan
resepi ayam goreng berempah simple rangup 01
Masukkan ayam, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, tepung jagung dan garam ke dalam mangkuk besar.
resepi ayam goreng berempah simple rangup 02
Tambahkan pes lalu perap ayam selama 1 jam.
resepi ayam goreng berempah simple rangup 03
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam dalam minyak penuh dengan api sederhana hingga coklat keemasan.

Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng.

Ayam goreng berempah boleh dihidangkan semasa panas-panas
resepi ayam goreng berempah simple rangup 04

Resepi Apam Susu Belang Pelangi Kukus Paling Mudah

Resepi Roti Jala Lembut Ala Chef Wan